Aku percaya ramai orang yang pernah tertipu dengan kegiatan individu atau pun syarikat yang menawarkan kerja part time data entry secara online ni. Dan aku juga percaya akan lebih ramai rakyat Malaysia yang akan tertipu jika tiada pendedahan atau tindakan undang-undang yang diambil terhadap malaun-malaun yang masih menjalankan kegiatan ini.
Kegiatan yang masih berlaku secara berleluasa di Malaysia ini dapat dilihat dengan jelas dengan iklan2 yang ditawarkan sama ada di dada2 akhbar, majalah2 picisan malahan di internet, siap ada website lagi tuh.
Modus operandi kegiatan ini sangat mudah, yang mana ia bertujuan untuk memancing dan memperdaya rakyat Malaysia, terutamanya golongan suri rumah dan para graduan yang sedang mengganggur yang terdesak untuk mencari kerja sampingan yang boleh menawarkan pendapatan lumayan dalam masa yang singkat.
Pernahkah anda membaca iklan2 yang berbunyi “Kerja part time sebagai data entry secara online, jaminan pendapatan lumayan antara RM700 – RM1,000 seminggu, modal yang kecil sahaja diperlukan”.
Penipuan ni bukan dekat Malaysia je tau, dkt US pun ada
Jujurnya, iklan2 yang penuh dengan penipuan ini mempunyai ciri yang sama sahaja iaitu :-
Menawarkan pekerjaan yang amat mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja iaitu sebagai data entry secara part time yang boleh dilakukan secara online sahaja, tak payah penat2 g ofis dan kena marah dgn bos dan lain2 lagi ayat2 manis diorang. Kerja boleh buat online pulak tu, anytime n anywhere, janji ada pc/laptop n internet.
Contoh iklan yang dipaparkan, aku amik dari laman web penipu ni
Pendapatan yang ditawarkan amat lumayan iaitu antara RM700 - RM1,000 seminggu bergantung kepada data yang akan dikey in. Contohnya bayaran RM15 untuk satu data, so kalo 1 hari dapat key in 10 data katakan, maka dalam seminggu income dah dapat RM15 x 10 data x 7 hari = RM1,050, lumayan tuh, cukup untuk menjerat mangsa2 yang gelap mata.
Hehehe…ko masuk aku masyuk…
Modal yang diperlukan amat kecil iaitu biasanya dalam RM20 sahaja, konon2nya sebagai yuran pendaftaran seumur hidup, logik ke kalo bayaran ciput gila untuk seumur hidup dan boleh generate income riban2 dalam masa seminggu? (aku akan kupas lebih lanjut pasal hal ni dekat bawah nanti)
Akan ada testimoni konon2nya daripada peserta2 yang dah join kerja ni yang kata untung gile buat kerja ni dan boleh duit riban2 dalam masa 1 bulan je buat kerja, padahal testimoni tu reka dan tipu je. Ntah nama n gambo sapa ntah yang dia ambil tu.
Nak lagi meyakinkan, letak ayat “Duit anda akan dikembalikan jika anda tidak berpuashati dan gagal menjana income yang dijanjikan.” Siap ada logo halal Jakim lagi tuh bro.
100% anda akan berpuas hati menyesal….
Nak lagi hebat, sebab mostly surirumah tangga ni tak pandai komputer, siap bubuh “kami ada unit sokongan teknikal untuk membantu anda jika anda buta IT” heh kompeni mana lah yang baik sangat dalam dunia ni yang mintak modal ciput takat RM20je dan boleh bagi pulangan yang lumayan dalam masa yang SINGKAT je, lawak siot!
Ringkasnya, jerat yang dipasang dalam iklan ni mudah je, “KERJA SENANG, TAK YAH G OFIS, BOLEH BUAT DKT MANA2 DAN INCOME MASYUK GILA DALAM MASA YANG AMAT SINGKAT”
Perangkap menanti mangsa, pakai umpan duit je sekarang ni
Kalo betul lah, kompeni @ individu yang buat kerja ni boleh dapat income yang lumayan dalam masa yang singkat, aku rasa Rosmah Mansur x yah sibuk2 nak jadi First Lady of Malaysia dan gatal2 tangan nak tibai duit rakyat lagi lepas ni, sbb dia boleh buat kerja ni sambil2 duduk dkt mana2 coffee house.
Tapi dia tak buat pun, kalo x dah lama dah dia amik rekrut2 untuk duduk bawah dia. Dan KERAjaan pun tak yah pening2 kepala nak buat universiti sbb konfem budak2 tak nak belajar, sbb peluang kerja sebagai data entry part time ni terjamin dan cerah masa depan.
Pasni kalo nak masuk meminang mana anak dara orang, mesti bakal pak dan mak mentua akan letak syarat utama iaitu bakal menantu mesti kerja Part Time Data Entry Onlie, sbb dia tau bakal menantu dia tu kaya gila.
Aku nak terangkan pasal point no.3 aku dekat atas supaya bakal2 mangsa dan mangkuk hayun yang tengah buat kegiatan ni berenti dan tobat nasuha. Ok, untuk masuk dalam senarai mangsa2 yang tertipu dengan kerja part time data entry ni, modal yang diperlukan amat kecil sahaja, biasanya dia akan mintak dalam RM20 je, kalo lebih tu maknanya dia tamak tahap lahanat!
Kau key in data, aku senyap2 je rembat duit kau, hahaha…
Contohnya, bila si B ni setuju untuk buat kerja data entry part time ni, dia akan bayar RM20 dkt si A dan cuba teka sebagai balasannya si A akan bagi apa dekat si B? Si A hanya akan hantar satu attachment file dalam format Microsoft Word yang tebalnya hanyalah sekadar beberapa mukasurat sahaja.
Nota itu akan menerangkan apa yang si B patut buat, iaitu ikut jejak langkah si A untuk pelawa orang lain buat kerja part time data entry online ni. Dan jangan lupa, si B juga turut menerima attachment file dalam format Mirosoft Excell untuk memudahkan si B mencatat nama2 atau data2 orang lain yang bakal menjadi mangsanya.
Nah, si B sudah pun tertipu dengan kelicikan dan kejahatan si A, kerana nota yang diberi dia boleh fotostate je dan kos fotostate pun tak akan lebih dari RM1 je. Si B nak mintak balik modal dia dari Si A, tapi kol2 si A tak angkat2, sms pun tak balas. Pilihan yang si B ada cuma 3 je sama ada:-
Buar report polis atau aduan ke Biro Pengaduan mana2 parti politik, dan konfem diorang malas nak layan dan akan ketawakan si B sampai berlinang air mata, sebab ko cuma rugi RM20 je dari modal yang ko laburkan, buat apa diorang buat keringat dan masa diorang untuk g selidik dan tangkap si A, padahal si B sendiri yang bank in duit ke akaun si A, sapa suruh ko g bank in dkt dia? Polis pun konfem akan tutup kes punya….
Untuk menebus balik duit RM20 dia yang dah kena rembat dengan si A, maka si B pun nak tak nak terpaksa cari mangsa yang lain at least sorang supaya dia dapat balik cover modal dia yang dah hilang tu. Maka jadilah, skim ni satu skim penipuan berantai….si polan akan tipu si polan dan seterusnya….
Langkah terbaik yang si B boleh buat ialah, hantar sms maki si A kaw2 tak hengat donia punya, pastu jangan sesekali ikut jejak langkah si A dengan mencari mangsa yang lain dan yang terakhir sekali, sebarkan kegiatan penipuan kerja part time data entry secara online ni supaya tak ada lagi orang lain yang akan tertipu.
Jangan sesekali kata tak apalah, aku rugi sikit je RM20, kira halal je lah. Cuba bayangkan kalo si A berjaya kencing 10 orang dalam masa 1 hari, konfem dia dah dapat RM200 sehari, kalo seminggu, sebulan, setahun? Korang kira lah sendiri. Jangan bagi si A dan konco2nya untuk hidup dengan aktiviti mereka ni. Sebarkanlah maklumat ni.
Monday, August 15, 2011
PART TIME DATA ENTRY – SATU PENIPUAN
Labels:
1001 Penipuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tuan punya blog ada, cuma x ada masa nak update blog, selalu berada di luar kawasan.
ReplyDeleteRasa2nya memang dah kena tipu tu, tu mmg modus operandi diorang tu
betol ke maklumat ni?
ReplyDeletekalau betol nak share kat fb.
best sangat baca, tapi saya pun sama kena tipu huhuhu~
ReplyDeleteAku pun terkena RM50 siap mendaftar lg kat ofis dowg, aku x kan halalkan org yg menipu tu.
ReplyDeletesaya pon ade dpt tawaran tapi kene bayar rm50, jumpe keje data entry ni dekat majalah.com , then communicate using email,bole percaya ke?
Deletesaya pon ade dpt tawaran tapi kene bayar rm50, jumpe keje data entry ni dekat majalah.com , then communicate using email,bole percaya ke?
Deletesy pun penah ada pengalaman kena tipu ngan penyangak internet ni. konon² robot auto lah, keja part time lah, pndapatan sampingan la, bla bla. rupanyer pendapatan haram dgn menipu org ramai. lebih-kurang 200 gak melayang.........!
ReplyDeletesemua maklumat adalah benar dan betul, berdasarkan pengalaman sendiri masa time2 susah nak dapat keje dulu, hangus dalam RM200 jugak, 1 dari malaysia 1 lagi dari overseas. nasihat saya mudah, kalau terlalu senang nak buat duit dalam sekelip mata, dah lama rakyat malaysia ni kaya raya dan x payah keje lagi..hakikatnya kita sendiri yang tahu kan...
ReplyDeletesetuju.. kalo x, xpayah blajo tinggi2.. senang sgt nak kaya.. ada 1 company broadcasting tu menipu..
ReplyDeletemalayang duit 250.. what the fruit betol lah..!! yela,, time tu tgh nk carik keje,,, konon labur la duit tu.. last2 mmg lebur laaa... huhu... dah la ngah sengkek, kena ketuk lg.. adoiii... hmm yg xtahan nya, dia leh bg resit yg ade nombor telefon ntah sapa2.. aku call2 tanya asal ofis tutup, dia leh kata ngah renovate.. cilakak betol..!!
perkongsian menarik, rupanya mende ni dah lama...memang perasan, kita nak keje tp kita wat kuar duit. kaya dengan duit Haram...hmmm...
ReplyDeleteHaih,nasib baik la saya x join kerja ni.Dasar penipu.Jilake betoilah!Lahabau.Pada mulanya saya teragak2 la juga sebab saya tengok hanya ada nama dan nombor akaun tapi x de nombor telefon.
ReplyDeleteKalau ikutkan memang tak logiklah, kita nak buat kerja tapi kena bagi modal pulak..huhu T.T
ReplyDelete