Friday, June 17, 2016

Pengalaman Lasik Dengan Prof Muhaya



Assalamualaikum wbt, 

Ni citer lama, saja je aku nak kongsi pasal buat lasik ni sebab ramai orang dah buat sekarang ni. Aku buat lasik ni tahun 2013 dekat Prince Court dengan Prof Muhaya tu. 

So, ni ringkasan pasal lasik tu:-

1) Kos :-

Masa aku buat tu Prince Court ada buat 2 jenis lasik, satu untuk rabun jauh (RM6,999.00) dan satu lagi untuk rabun dekat dan jauh (RM7,999.00). 

Yang pakej rabun jauh tu sesuai kalau umur kita ni bawah 40 tahun dan yang pakej rabun dekat tu sesuai untuk yang berumur 40 tahun ke atas. 

Kalau dah agak2 umur tu dah dekat dengan 40 tu baik korang amik pakej yang rabun dekat tu. Jangan jadi macam aku, eksyen. Mentang2 masa tu umur baru 33, sekarang dah 36 baru tahu erti penyesalan. Lagipun beza dia RM1,000.00 je, seyes tak rugi kalo korang amik pakej rabun dekat tu. 

Sebab apa? Sebab bila kita dah menghampiri umur 40, slow2 kita akan mula kena rabun dekat, yang ni semua orang akan kena, dah hukum alam sebab kornea mata kita akan mula menjadi kurang kenyal, macam tu lah yang doktor tu bagitau aku. 

Kalau salah info sori ok, tu salah aku bukan salah doktor tu. Aku bukan doktor hokeyy....

Jumlah kos ni complete set sekali dengan cek mata bagai, jumpa optometris, consultant dan lain2. Andaikata lepas cek mata korang tak seswai untuk lasik just bayar RM800 lebih je, masa tu lah. Sekarang aku tak tau dah berapa.

2) Pemeriksaan:- 

Kalau tak silap aku kena buat dalam 4-5 jenis pemeriksaan, tujuannya nak cek mata kita ni seswai ke tak nak buat lasik. Nak tengok saraf mata ok ke x, ada kencing manis ke, darah tinggi ke and nak cek power mata lah. 

Semua ni pakai cek mata je, aku tak ingat ada ke tak x cek darah, rasa2nya x ada. Sebelum cek dia akan titis ubat mata nak bagi urat mata kembang. Time ni memang x boleh nak membaca apa2 lah walaupun ko letak betul2 depan mata, nak tengok henset pun tak boleh pasal mata dah jadi kembang hahaha. 

Lepas tu ada pulak titis ubat mata lain untuk bagi urat mata yang kembang tadi tu untuk jadi normal balik. Tapi idok le jadi serta merta, kena tunggu jugak lah sampai mata dah normal balik.

Andaikata kita pass semua check-up tu, last sekali kita akan jumpa optometris. Time ni korang tanyalah apa yang korang tak faham pasal lasik ni, tanya sampai puas hati terutama side effect lasik ni nanti macam mana. 

Eh? ada side effect ke? Jeng jeng jeng.... Sang optometris ni sangatlah baik, very2 soft spoken, dia akan terangkan dengan lebih lanjut pasal mata kita sambil guna model mata tu. 

Paling penting untuk buat lasik ni selain dari bebas penyakit especially kencing manis, ketebalan kornea sangatlah penting. Tak boleh lebih rendah dari had yang dibenarkan, kalau tak silap tak boleh kurang dari 240 keratokonus. (sorry aku tak reti nak eja menatang tu).

Tahap ketebalan berbeza antara manusia, ada yang power rendah tapi kornea nipis, ada yang power tinggi tapi tebal. Aku pun just nice je untuk lepas had yang dibenarkan huhuhu. 

Dah siap semua dan korang pun setuju untuk buat lasik, maka korang akan dibawa untuk jumpa doktor kesayangan korang iaitu Prof Muhaya.

3) Jumpa Prof Muhaya:-

Ok, dah abis cek bagai tu, korang akan dibawa jumpa Prof Muhaya untuk final review and approval. So, kalo ada apa2 yang pelik dia akan bagitau lah nanti. Lepas tu dia akan tanya bila nak buat prosedur lasik? 

Haaa, ni lah part yang paling nervous, nak buat esok pun boleh tapi pada aku better buat 1@2 minggu lagi sebab time tu mata ko tengah kembang lagi. Bagi masa sikit dia kembali normal tapi kalo nak cepat tak ada masalah untuk buat set appointment terus esok.

Jumpa Prof ni tak lama, dalam 5 - 10 minit je. Digalakkan untuk korang berfikiran positif masa nak tanya soklan dekat Prof, sebab Prof tak suka orang yang berfikiran negatif. Contohnya korang tanya "ada side effeck tak lasik ni?", "kawan saya lepas buat lasik terus jadi gile selfie" dan lain2 lagi.

Btw, Prof ni cengel orangnya tau, tak macam yang korang tengok dekat tv tu, dari mata turun ke hati.... hahaha.

Prof orang ganu aku pun orang ganu jugak, so kitorang sembang guna loghat ganu lah. Rasa macam sembang2 dengan makcik2 dekat kampung pulak, cuma yang dekat depan aku ni pakar mata okey, bukan calang2 makcik.

4) Prosedur Pembedahan Lasik:-

Lasik ni kena bedah ke? Seyes ramai ingat tak bedah, just tala mata dekat mesin laser terus siap. Dashyat betoi imaginasi hang pak maun oiiii!!!!. 

Lasik ni memang satu prosedur pembedahan, tapi jangan takut. Sebab masa bedah tu kita akan dibiuskan dengan ubat bius titik dalam mata. Kelopak mata akan dikepit dengan penyepit khas supaya mata korang tak berkelip. 


Sepanjang prosedur lasik yang lebih kurang 5 minit je ni korang tak boleh kelip mata langsung. Azab betol time tuh nak tahan mata and walaupun 5 minit aku rasa macam 5 jam je nk tunggu siap prosedur tu. 

Macam biasa pakai baju bedah, pakai skarf bedah tu, baring atas katil panjang yang boleh pusing 360°. Sebelum masuk bilik bedah ada misi comey yang akan bagitau dulu apa nanti masa prosedur mata kena tengok cahaya merah hijau dkt mesin laser, jangan gerak2 anak mata lah itu lah, masuk dalam semua dah ke laut hahaha. (aku kena marah dengan Prof sebab anak mata kiri aku bergerak sikit time ni, huhuhu)

Operation bermula dengan kornea mata dipotong untuk buat flap, lepas tu katil akan dipusing 360° ke bahagian kaki untuk dibetulkan kornea mata yang terbuka tadi tu dengan laser. Bila dah siap repair dengan laser, kornea akan ditutup semula dengan flap yang di buat tadi. 

Time laser ni mata akan rasa sedikit panas dan bau hangit, mungkin laser tu kot entah. Lepas tu darah2 di mata akan dibersihkan, korang ingat tak ada darah ke? Tu yang kornea mata kena potong tu, time tu keluar darah lah tapi tak sakit sebab dah bius. Ni potong pun pakai laser tau bukan pisau bedah tu.  (aku kena marah lagi sebab mata kiri aku tak boleh nak bukak masa ni walaupun dah kena klip, sebab pedih yang teramat sangat masa tu, huhuhu)

Masa operation ni mesin dikendalikan sepenuhnya oleh Prof Muhaya, ada 2 assistant yang tugasnya untuk baca bacaan laser dekat mesin dan tolong Prof Muhaya apa yang patut.

Lepas je siap operation, bangun katil korang akan rasa pelik yang amat2 sangat sebab semua mende di sekeliling nampak jelas kabur jelas kabur macam tu. Mata rasa sikit pedih macam berpasir gitu. 

Lepas tu, nurse suruh aku rehat dulu di bilik lain sebab mata aku pedih sangat masa tu, nak buka mata pun tak berapa boleh, silau tak payah kata lah walaupun dah pakai spek hitam tu. Nurse datang bawakkan ubat titis mata untuk kurangkan pedih mata dan lain2 ubat yang misi akan bagi dan terus boleh balik rumah. Time ni kena pakai spek hitam macam S Jibeng tu sebab mata korang tersangat2 lah peka dengan cahaya matahari. 

Aku lepas operation mata rasa pedih giler tak tahu kenapa sampaikan aku tidur atas kerusi rehat dekat Prince Court tu. Bangun tidur masih rasa pedih terus misi bawak jumpa Prof Muhaya yang baru je abis duty hari tu. 

Dia tolong titikkan sejenis ubat dalam mata aku terus hilang pedih2 tu. Balik rumah aku terus tido, pagi esok bangun tido berlaku perkara yang dah 22 tahun aku tunggu, buka je mata pemandangan dah jadi jelas, rasa macam Kassim Selamat pulak, tapi tangan aku still teraba2 cari spek padahal dah tak rabun.

Malam tu aku duduk luar rumah menikmati pemandangan malam yang sangat indah dalam hidup aku. Tengok lampu jalan je tapi aku berdiri tak bergerak2 hampir 5 minit, terkaku di situ melihat ciptaan Yang Maha Esa, cukup indah. Aku tak boleh lupa moment tu, syukur Alhamdulillah ya Allah. Terasa cukup nikmat dan Maha Berkuasanya Allah.

5) Pantang larang:-

Lepas operation mandi tak boleh buka mata takut air paip masuk mata, ye lah air paip kan ada klorin. Amik wudhuk pun main lap2 je muka. Dekat 2 minggu jugak le pantang larang ni kena jaga.

Titis ubat yang diberi ikut arahan, jangan malas dan memandai2, nanti nyusahkan diri je nak kena pergi Prince Court lagi.

Kelebihan lasik :-

1) mengurangkan kebergantungan kepada spek mata, bukannya tak payah pakai spek terus. Ada orang perfect vision 20/20, ada orang tak. Macam aku still ada lagi rabun silau dalam 50 macam tu.

2) Boleh berlagak dengan kawan2 sebab dah tak rabun. Kesan lasik ni kekal ok.

3) Nampak encem dan ayu gitu...

4) Dah boleh berenang, main bola, apply jadi askar, polis, komando, pilot dan lain2.

Kelemahan :-

1) Mahal

2) Kesan yang berbeza setiap orang, ada yang dapat perfect ada yang tak, tapi bersyukurlah sebab dah tak payah pakai spek lagi.

3) Mata cepat kering, selalu kena titis ubat mata, kos jugak tu sebulan sekali kena beli ubat ni.

4) Aku ada sikit rasa tak selesa macam mata tak cukup oksigen (macam pakai contact lense lama2), aku pun tak tahu kenape boleh jadi macam tu. 

5) Mata tak boleh buat keluar laser macam Cyclop dalam X-Men tu, yang ni memang dah sah2 tak boleh hahaha.

Kesimpulan :- Jaga mata kita, sayangi mata kita, jujurnya pada aku tak perlu buat lasik kalau untuk saja2, sebab mata original yang Allah bagi dekat kita ni dah terlalu bagus sangat dah, tak ada yang boleh ganti.

~~samg~~

25 comments:

  1. nak buat juga lasik ni nanti insyaallah. thanks infonya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih info, byk baca pengalaman blog lain, terpaksa bertahan selama 2mgu, tp buat ngn prof muhaya cm xde masalah tu je.. mungkihkah sbb peralatan yg digunakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. prof muhaya pakar mata yg bertaraf fellowship, lagi atas dari consultant & doktor pakar, mungkin sebab tu lah kot

      Delete
    2. nk tye...harga memang 6999 ek? untuk rabun jauh...saya 17 tahun...so sje tye ii...sbb nk join askar taun depan

      Delete
  3. Hi,assalammualaikum,nak tanya..mcm pula klu org y laser mata ni...sering berkerja mengunakn kmputer...apa kah ada membawa sebarang effect jngka masa pnjng??

    ReplyDelete
  4. Scary juga lasik nie. Ingatkan takde darah..hehe. tq for sharing. Itu kos masa 2013, sekarang berapa lah ya.. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg dh ada yg canggih, boleh elak dari jd mata kering

      Delete
    2. maksud nye mcm mana tu? ade yg canggih? cmne boleh elak dari kering?

      Delete
  5. Nak tanye, kos yg 6999 tu untuk kedua dua mata ke? Atau sebelah je?

    ReplyDelete
  6. Nak tanya kalau silau boleu buat jugak ka??

    ReplyDelete
  7. I am happy to find your distinguished way of writing the post. Now you make it easy for me to understand and implement the concept. Thank you for the post.YaldoEyeCenter.com

    ReplyDelete
  8. Thanks for the blog post buddy! Keep them coming...
    The Yaldo Eye Center

    ReplyDelete
  9. Hi!sy ada pertanyaan pasal lasik..bleh bg emel?

    ReplyDelete
  10. Excellent article. Very interesting to read. I really love to read such a nice article. Thanks! keep rocking. lasik cataract surgery

    ReplyDelete
  11. This is a smart blog. I mean it. You have so much knowledge about this issue, and so much passion. You also know how to make people rally behind it, obviously from the responses. Yaldo Eye Center Grand Rapids, MI

    ReplyDelete
  12. sampai sekarang penglihatan ok lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih ok, cuma dah nk ada rabun dekat, maklumlah umur dh 40

      Delete
    2. Bagaimana pesakit kencing manis masih terkawalbole ke buat rawatan lasek

      Delete
  13. Saya pun mmg nk buat juga lasik ni.. Skrng tgh tngk blog2 org yg pernah buat lasik...dpt bnyk info dlm ni mcm skrng umur dh 36 thn elok buat skli dgn rabun dekat...tq yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat ke lasik? Saya pun ingat nak buat juga. Ni tengah buat research 😅

      Delete
  14. Antara masalah yang mungkin berlaku selepas lasik adalah pandangan kabur yang tidak mudah dibaiki walaupun dengan memakai cermin mata semula. Ada pesakit yang menyesal selepas menjalani LASIK. Perkara ni masih terjadi pada tahun 2022.

    ReplyDelete