Monday, August 15, 2011

KENALI MADU ASLI

Madu, salah satu makanan yang amat berkhasiat yang diciptakan Allah untuk makhluknya. Rasanya tak perlu nak diceritakan apa itu khasiat madu lebah, sebab semua orang dah sedia maklum akan kehebatan madu lebah ni.

Tapi untuk kita mencari madu lebah asli di zaman yang serba canggih ni, rasanya terlalu sukar. Bukan tak ada yang asli tapi susah nak jumpa, yang tiruan dan yang palsu toksah cerita lah, melambak-lambak.

Kalau tak percaya, pergi ke mana-mana kaki lima bangunan atau pasar malam, mesti ada orang kita yang bimbit botol-botol madu sambil berkata “Bang, madu bang, asli punya, RM20 sebotol”.

Kalau anda perasan, madu yang diorang jual ni mesti ada macam-macam kaler, termasuklah kaler putih yang didakwa susu madu lebah@ royal jelly. Terus terang cakaplah, kalau ada yang jual madu kaler putih dalam botol tu memang terang2 menipu.

Sebab apa? Kalau anda semua nak tahu royal jelly tu makanan khas untuk ratu lebah dan dalam satu sarang lebah cuma ada sekor je ratu lebah dan kuantiti royal jelly yang dihasilkan oleh satu sarang lebah teramat2lah sedikit, secoteh orang Terengganu kata.

Sebab tu x logik sangat kalo si penjual madu lebah ni boleh kumpul royal jelly ni berbotol2 dan jual banyak2 dkt kaki lima, dahlah nak jumpa sarang lebah tu susah, nak kena masuk hutan lagi dan 1001 kesusahan lagi yang perlu mereka tempuhi.

Bila kita tawar menawar dengan diorang mesti diorang bagi kurang punya, ye la sebab diorang bukannya masuk hutan pun untuk kutip madu lebah, diorang buat sendiri je madu lebah.

Diulang, buat sendiri! Kebanyakkan si penipu ni dia macam takut2 sikit bila kita tanya dia lebih2 pasal madu ni, tak caya cuba test tanya soalan madu ni lebah jenis apa, bunga apa, sarang dkt mana dan sebagainya lagi, konfem diorang akan cuak punya.

Kebanyakkan madu tiruan ni terdiri daripada madu yang asalnya asli kemudian dicampur dengan bahan-bahan lain dan ada juga madu yang sememangnya dibuat sendiri.

Macam mana diorang buat sendiri? Senang je, ambil gula melaka, campur nanas dan kapur sireh, pastu masak atas dapur, bila dah siap, masuk botol terus jual. Mostly yang buat madu tiruan ni kebanyakkannya orang Indonesia, diorang memang terer bab buat madu tiruan ni, bab kata filem Hantu Kak Limah “aku ini orang Indonesia, kalau enggak penuh ilmu di dada, enggak mungkin bisa buat madu palsu,” ngeeee, hehehe :-)

Sebagai seorang penggemar madu lebah, kita seharusnya berhati-hati apabila hendak membeli madu lebah agar tidak tertipu dengan madu lebah palsu yang boleh membahayakan kesihatan, niat di hati nak beli madu untuk dijadikan ubat, tapi madu yang disangka dibeli rupa2nya racun.

Cuba bayangkan madu tiruan tu kita beli and then kita bagi dekat anak2 kita yang masih kecil, sebab kita ingatkan ianya madu asli. Kesian dowh dekat anak2 kita yang masih kecil tu, sebab madu tiruan ni penuh dengan bahan kimia yang merbahaya seperti polisacharide (gula kompleks) yang tidak dapat diserap secara langsung oleh darah, kerana ia perlu diproses kepada gula ringkas terlebih dahulu oleh hati, dan akan merosakkan hati (sel herpa) jika sewaktu diambil dalam dos yang berlebihan.

Jadi macam mana nak kenal pasti madu yang kita beli tu asli ke tiruan? Dekat sini aku kongsikan sedikit petua-petua berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Jangan beli madu yang dijual di dalam botol2 yang biasa kita lihat dekat kaki lima tu & pasar malam tu (termasuk juga madu yang yang dijual dalam botol yang tidak ada label, nama pengeluar, alamat dan no.telefon)

Jangan beli madu yang ada buih2 putih yang banyak kelihatan dekat muncung botol (sebab aku rasa tu adalah air gula yang telah dicampur dengan madu tersebut, walaupun si penjual mendakwa itu adalah lilin lebah)

Jangan beli madu dekat peniaga yang ada jual madu kaler putih, konfem tipu tu.

Jangan beli madu yang kaler dia berbelang2, atas kaler lain bawah kaler lain.

Biasakan diri anda dengan rasa madu asli, biasanya madu lebah hutan rasanya agak tajam dan menyengat berbanding madu lebah bela yang rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.

Kenali latar belakang si penjual madu tersebut, kalo setakat dia ambil madu tu dari orang tengah dan dia cuma just tolong jual je, baik jangan beli, sebab kemungkinan besar madu tu palsu. Kalau boleh beli di tempat orang yang proses madu tu sendiri, boleh tengok cara dia ambil madu tu macam mana lagi bagus, sebab dah memang konfem asli punya.

Buat ujian makmal, tapi yang ni susah sikit lah kecuali kalo kita sendiri yang kerja dekat makmal kimia.

Tengok madu tu kena hurung semut ke tak, tapi kaedah ni dah tak boleh pakai sangat dah sekarang ni, sebab madu lebah asli memang ada kemungkinan untuk dihurung semut kerana madu lebah asli mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis, manakala madu tiruan pula mengandungi glukosa ‘polisacharide’ yang juga bersifat manis.

Ada madu lebah asli yang mengeluarkan gas yang menyebabkan semut tidak tahan dengan tekanan dan tahap keasidannya, manakala ada madu lebah tiruan yang juga tidak dihurung semut kerana telah dicampur dengan kapur sireh yang bersifat panas.

Campur madu dengan telur kuning, tengok sama ada telur tu masak atau tak. Kaedah ni pun sama jugak sudah tidak berkesan lagi kerana madu lebah tiruan juga boleh menyebabkan telur kuning menjadi masak kerana madu tiruan yang telah dicampur dengan kapur sireh yang bersifat panas juga boleh menyebabkan telur menjadi masak.

Kaedah yang paling berkesan dan mudah untuk digunakan oleh kita semua adalah kaedah ni, ambil satu sudu madu lebah (pakai sudu besi ye), panaskan atas lilin dan tengok buihnya. Jika madu itu palsu madu itu akan berbuih2 kecil sahaja dan buih itu tidak akan melimpah keluar daripada sudu.

Tapi jika sekiranya madu itu asli, madu itu akan berbuih2 besar dan membuak2 seakan2 mahu meletup, dan ia akan melimpah keluar dan jatuh dari sudu. Selepas dibiarkan sejuk seketika, ambil sebatang pengorek telinga dan korek madu tersebut. Madu palsu bila ditarik ada bende yang seakan benang yang keras akan terjadi, manakala madu asli tidak akan ada benang yang keras terjadi. 

Untuk keterangan dan kefahaman yang lebih lanjut, para pembaca boleh melihat kepada gambar2 di bawah. Aku sendiri yang uji madu yang aku beli di Rumah Madu di Kuala Nerang (yang ni memang konfem asli) dengan madu yang kawan aku beli dekat kaki lima (memang madu tiruan).


Madu asli dalam botol pendek, madu palsu dalam botol panjang

Madu palsu dipanaskan di atas sebatang lilin

Perhatikan pembentukkan buih yang kecil sahaja

Buih yang terbentuk tidak membuak2 dan tidak melimpah daripada sudu, walaupun telah dipanaskan lebih dari 1 minit

Giliran madu asli pula dipanaskan di atas sebatang lilin 

Perhatikan baik2 proses pembentukkan buih yang kelihatan lebih besar dan kelihatan seakan2 mahu meletup

Buih yang terhasil terus membuak2 dan melimpah keluar daripada sudu walaupun dipanaskan kurang dari 30 saat

Selepas dibiarkan sejuk, korek madu palsu itu dan akan terhasil satu jaluran plastik yang agak keras seperti dalam gambar

Manakala madu asli yang telah dibiarkan sejuk pula, tiada jaluran plastik yang terhasil bila dikorek



 Akhir kata, berhati2 bila anda membeli madu, dan buat si penjual madu, jika anda terbaca entry aku ni, cepat2 lah insaf dan janganlah menipu orang ramai lagi. Allah itu Maha Mengetahui di atas apa yang korang lakukan dan apa yang korang cuba sembunyikan…


4 comments:

  1. terimakaseh ilmu bermunafat. baruje bli kaler putuh di perlis. depakata jenis lebah kecik. takpa lah nak test dulu tk

    ReplyDelete
  2. thnx...tuan juga boleh cuba madu ni https://www.facebook.com/stokistserikembangan

    ReplyDelete
  3. nak share?
    boleh...
    silakan...

    ReplyDelete