Showing posts with label 1001 Penipuan. Show all posts
Showing posts with label 1001 Penipuan. Show all posts

Monday, August 15, 2011

KENALI MADU ASLI

Madu, salah satu makanan yang amat berkhasiat yang diciptakan Allah untuk makhluknya. Rasanya tak perlu nak diceritakan apa itu khasiat madu lebah, sebab semua orang dah sedia maklum akan kehebatan madu lebah ni.

Tapi untuk kita mencari madu lebah asli di zaman yang serba canggih ni, rasanya terlalu sukar. Bukan tak ada yang asli tapi susah nak jumpa, yang tiruan dan yang palsu toksah cerita lah, melambak-lambak.

Kalau tak percaya, pergi ke mana-mana kaki lima bangunan atau pasar malam, mesti ada orang kita yang bimbit botol-botol madu sambil berkata “Bang, madu bang, asli punya, RM20 sebotol”.

Kalau anda perasan, madu yang diorang jual ni mesti ada macam-macam kaler, termasuklah kaler putih yang didakwa susu madu lebah@ royal jelly. Terus terang cakaplah, kalau ada yang jual madu kaler putih dalam botol tu memang terang2 menipu.

Sebab apa? Kalau anda semua nak tahu royal jelly tu makanan khas untuk ratu lebah dan dalam satu sarang lebah cuma ada sekor je ratu lebah dan kuantiti royal jelly yang dihasilkan oleh satu sarang lebah teramat2lah sedikit, secoteh orang Terengganu kata.

Sebab tu x logik sangat kalo si penjual madu lebah ni boleh kumpul royal jelly ni berbotol2 dan jual banyak2 dkt kaki lima, dahlah nak jumpa sarang lebah tu susah, nak kena masuk hutan lagi dan 1001 kesusahan lagi yang perlu mereka tempuhi.

Bila kita tawar menawar dengan diorang mesti diorang bagi kurang punya, ye la sebab diorang bukannya masuk hutan pun untuk kutip madu lebah, diorang buat sendiri je madu lebah.

Diulang, buat sendiri! Kebanyakkan si penipu ni dia macam takut2 sikit bila kita tanya dia lebih2 pasal madu ni, tak caya cuba test tanya soalan madu ni lebah jenis apa, bunga apa, sarang dkt mana dan sebagainya lagi, konfem diorang akan cuak punya.

Kebanyakkan madu tiruan ni terdiri daripada madu yang asalnya asli kemudian dicampur dengan bahan-bahan lain dan ada juga madu yang sememangnya dibuat sendiri.

Macam mana diorang buat sendiri? Senang je, ambil gula melaka, campur nanas dan kapur sireh, pastu masak atas dapur, bila dah siap, masuk botol terus jual. Mostly yang buat madu tiruan ni kebanyakkannya orang Indonesia, diorang memang terer bab buat madu tiruan ni, bab kata filem Hantu Kak Limah “aku ini orang Indonesia, kalau enggak penuh ilmu di dada, enggak mungkin bisa buat madu palsu,” ngeeee, hehehe :-)

Sebagai seorang penggemar madu lebah, kita seharusnya berhati-hati apabila hendak membeli madu lebah agar tidak tertipu dengan madu lebah palsu yang boleh membahayakan kesihatan, niat di hati nak beli madu untuk dijadikan ubat, tapi madu yang disangka dibeli rupa2nya racun.

Cuba bayangkan madu tiruan tu kita beli and then kita bagi dekat anak2 kita yang masih kecil, sebab kita ingatkan ianya madu asli. Kesian dowh dekat anak2 kita yang masih kecil tu, sebab madu tiruan ni penuh dengan bahan kimia yang merbahaya seperti polisacharide (gula kompleks) yang tidak dapat diserap secara langsung oleh darah, kerana ia perlu diproses kepada gula ringkas terlebih dahulu oleh hati, dan akan merosakkan hati (sel herpa) jika sewaktu diambil dalam dos yang berlebihan.

Jadi macam mana nak kenal pasti madu yang kita beli tu asli ke tiruan? Dekat sini aku kongsikan sedikit petua-petua berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Jangan beli madu yang dijual di dalam botol2 yang biasa kita lihat dekat kaki lima tu & pasar malam tu (termasuk juga madu yang yang dijual dalam botol yang tidak ada label, nama pengeluar, alamat dan no.telefon)

Jangan beli madu yang ada buih2 putih yang banyak kelihatan dekat muncung botol (sebab aku rasa tu adalah air gula yang telah dicampur dengan madu tersebut, walaupun si penjual mendakwa itu adalah lilin lebah)

Jangan beli madu dekat peniaga yang ada jual madu kaler putih, konfem tipu tu.

Jangan beli madu yang kaler dia berbelang2, atas kaler lain bawah kaler lain.

Biasakan diri anda dengan rasa madu asli, biasanya madu lebah hutan rasanya agak tajam dan menyengat berbanding madu lebah bela yang rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.

Kenali latar belakang si penjual madu tersebut, kalo setakat dia ambil madu tu dari orang tengah dan dia cuma just tolong jual je, baik jangan beli, sebab kemungkinan besar madu tu palsu. Kalau boleh beli di tempat orang yang proses madu tu sendiri, boleh tengok cara dia ambil madu tu macam mana lagi bagus, sebab dah memang konfem asli punya.

Buat ujian makmal, tapi yang ni susah sikit lah kecuali kalo kita sendiri yang kerja dekat makmal kimia.

Tengok madu tu kena hurung semut ke tak, tapi kaedah ni dah tak boleh pakai sangat dah sekarang ni, sebab madu lebah asli memang ada kemungkinan untuk dihurung semut kerana madu lebah asli mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis, manakala madu tiruan pula mengandungi glukosa ‘polisacharide’ yang juga bersifat manis.

Ada madu lebah asli yang mengeluarkan gas yang menyebabkan semut tidak tahan dengan tekanan dan tahap keasidannya, manakala ada madu lebah tiruan yang juga tidak dihurung semut kerana telah dicampur dengan kapur sireh yang bersifat panas.

Campur madu dengan telur kuning, tengok sama ada telur tu masak atau tak. Kaedah ni pun sama jugak sudah tidak berkesan lagi kerana madu lebah tiruan juga boleh menyebabkan telur kuning menjadi masak kerana madu tiruan yang telah dicampur dengan kapur sireh yang bersifat panas juga boleh menyebabkan telur menjadi masak.

Kaedah yang paling berkesan dan mudah untuk digunakan oleh kita semua adalah kaedah ni, ambil satu sudu madu lebah (pakai sudu besi ye), panaskan atas lilin dan tengok buihnya. Jika madu itu palsu madu itu akan berbuih2 kecil sahaja dan buih itu tidak akan melimpah keluar daripada sudu.

Tapi jika sekiranya madu itu asli, madu itu akan berbuih2 besar dan membuak2 seakan2 mahu meletup, dan ia akan melimpah keluar dan jatuh dari sudu. Selepas dibiarkan sejuk seketika, ambil sebatang pengorek telinga dan korek madu tersebut. Madu palsu bila ditarik ada bende yang seakan benang yang keras akan terjadi, manakala madu asli tidak akan ada benang yang keras terjadi. 

Untuk keterangan dan kefahaman yang lebih lanjut, para pembaca boleh melihat kepada gambar2 di bawah. Aku sendiri yang uji madu yang aku beli di Rumah Madu di Kuala Nerang (yang ni memang konfem asli) dengan madu yang kawan aku beli dekat kaki lima (memang madu tiruan).


Madu asli dalam botol pendek, madu palsu dalam botol panjang

Madu palsu dipanaskan di atas sebatang lilin

Perhatikan pembentukkan buih yang kecil sahaja

Buih yang terbentuk tidak membuak2 dan tidak melimpah daripada sudu, walaupun telah dipanaskan lebih dari 1 minit

Giliran madu asli pula dipanaskan di atas sebatang lilin 

Perhatikan baik2 proses pembentukkan buih yang kelihatan lebih besar dan kelihatan seakan2 mahu meletup

Buih yang terhasil terus membuak2 dan melimpah keluar daripada sudu walaupun dipanaskan kurang dari 30 saat

Selepas dibiarkan sejuk, korek madu palsu itu dan akan terhasil satu jaluran plastik yang agak keras seperti dalam gambar

Manakala madu asli yang telah dibiarkan sejuk pula, tiada jaluran plastik yang terhasil bila dikorek



 Akhir kata, berhati2 bila anda membeli madu, dan buat si penjual madu, jika anda terbaca entry aku ni, cepat2 lah insaf dan janganlah menipu orang ramai lagi. Allah itu Maha Mengetahui di atas apa yang korang lakukan dan apa yang korang cuba sembunyikan…


PART TIME DATA ENTRY – SATU PENIPUAN

Aku percaya ramai orang yang pernah tertipu dengan kegiatan individu atau pun syarikat yang menawarkan kerja part time data entry secara online ni. Dan aku juga percaya akan lebih ramai rakyat Malaysia yang akan tertipu jika tiada pendedahan atau tindakan undang-undang yang diambil terhadap malaun-malaun yang masih menjalankan kegiatan ini.

 

Kegiatan yang masih berlaku secara berleluasa di Malaysia ini dapat dilihat dengan jelas dengan iklan2 yang ditawarkan sama ada di dada2 akhbar, majalah2 picisan malahan di internet, siap ada website lagi tuh.

Modus operandi kegiatan ini sangat mudah, yang mana ia bertujuan untuk memancing dan memperdaya rakyat Malaysia, terutamanya golongan suri rumah dan para graduan yang sedang mengganggur yang terdesak untuk mencari kerja sampingan yang boleh menawarkan pendapatan lumayan dalam masa yang singkat.

Pernahkah anda membaca iklan2 yang berbunyi “Kerja part time sebagai data entry secara online, jaminan pendapatan lumayan antara RM700 – RM1,000 seminggu, modal yang kecil sahaja diperlukan”.

           
Penipuan ni bukan dekat Malaysia je tau, dkt US pun ada

Jujurnya, iklan2 yang penuh dengan penipuan ini mempunyai ciri yang sama sahaja iaitu :-

Menawarkan pekerjaan yang amat mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja iaitu sebagai data entry secara part time yang boleh dilakukan secara online sahaja, tak payah penat2 g ofis dan kena marah dgn bos dan lain2 lagi ayat2 manis diorang. Kerja boleh buat online pulak tu, anytime n anywhere, janji ada pc/laptop n internet.

                
Contoh iklan yang dipaparkan, aku amik dari laman web penipu ni

Pendapatan yang ditawarkan amat lumayan iaitu antara RM700 - RM1,000 seminggu bergantung kepada data yang akan dikey in. Contohnya bayaran RM15 untuk satu data, so kalo 1 hari dapat key in 10 data katakan, maka dalam seminggu income dah dapat RM15 x 10 data x 7 hari = RM1,050, lumayan tuh, cukup untuk menjerat mangsa2 yang gelap mata.

                                        
Hehehe…ko masuk aku masyuk…

Modal yang diperlukan amat kecil iaitu biasanya dalam RM20 sahaja, konon2nya sebagai yuran pendaftaran seumur hidup, logik ke kalo bayaran ciput gila untuk seumur hidup dan boleh generate income riban2 dalam masa seminggu? (aku akan kupas lebih lanjut pasal hal ni dekat bawah nanti)

Akan ada testimoni konon2nya daripada peserta2 yang dah join kerja ni yang kata untung gile buat kerja ni dan boleh duit riban2 dalam masa 1 bulan je buat kerja, padahal testimoni tu reka dan tipu je. Ntah nama n gambo sapa ntah yang dia ambil tu.

Nak lagi meyakinkan, letak ayat “Duit anda akan dikembalikan jika anda tidak berpuashati dan gagal menjana income yang dijanjikan.” Siap ada logo halal Jakim lagi tuh bro.

                                         
100% anda akan berpuas hati menyesal….

Nak lagi hebat, sebab mostly surirumah tangga ni tak pandai komputer, siap bubuh “kami ada unit sokongan teknikal untuk membantu anda jika anda buta IT” heh kompeni mana lah yang baik sangat dalam dunia ni yang mintak modal ciput takat RM20je dan boleh bagi pulangan yang lumayan dalam masa yang SINGKAT je, lawak siot!

Ringkasnya, jerat yang dipasang dalam iklan ni mudah je, “KERJA SENANG, TAK YAH G OFIS, BOLEH BUAT DKT MANA2 DAN INCOME MASYUK GILA DALAM MASA YANG AMAT SINGKAT”

      
Perangkap menanti mangsa, pakai umpan duit je sekarang ni

Kalo betul lah, kompeni @ individu yang buat kerja ni boleh dapat income yang lumayan dalam masa yang singkat, aku rasa Rosmah Mansur x yah sibuk2 nak jadi First Lady of Malaysia dan gatal2 tangan nak tibai duit rakyat lagi lepas ni, sbb dia boleh buat kerja ni sambil2 duduk dkt mana2 coffee house.

Tapi dia tak buat pun, kalo x dah lama dah dia amik rekrut2 untuk duduk bawah dia. Dan KERAjaan pun tak yah pening2 kepala nak buat universiti sbb konfem budak2 tak nak belajar, sbb peluang kerja sebagai data entry part time ni terjamin dan cerah masa depan.

Pasni kalo nak masuk meminang mana anak dara orang, mesti bakal pak dan mak mentua akan letak syarat utama iaitu bakal menantu mesti kerja Part Time Data Entry Onlie, sbb dia tau bakal menantu dia tu kaya gila.

Aku nak terangkan pasal point no.3 aku dekat atas supaya bakal2 mangsa dan mangkuk hayun yang tengah buat kegiatan ni berenti dan tobat nasuha. Ok, untuk masuk dalam senarai mangsa2 yang tertipu dengan kerja part time data entry ni, modal yang diperlukan amat kecil sahaja, biasanya dia akan mintak dalam RM20 je, kalo lebih tu maknanya dia tamak tahap lahanat!

           
Kau key in data, aku senyap2 je rembat duit kau, hahaha…

Contohnya, bila si B ni setuju untuk buat kerja data entry part time ni, dia akan bayar RM20 dkt si A dan cuba teka sebagai balasannya si A akan bagi apa dekat si B? Si A hanya akan hantar satu attachment file dalam format Microsoft Word yang tebalnya hanyalah sekadar beberapa mukasurat sahaja.

Nota itu akan menerangkan apa yang si B patut buat, iaitu ikut jejak langkah si A untuk pelawa orang lain buat kerja part time data entry online ni. Dan jangan lupa, si B juga turut menerima attachment file dalam format Mirosoft Excell untuk memudahkan si B mencatat nama2 atau data2 orang lain yang bakal menjadi mangsanya.

Nah, si B sudah pun tertipu  dengan kelicikan dan kejahatan si A, kerana nota yang diberi dia boleh fotostate je dan kos fotostate pun tak akan lebih dari RM1 je. Si B nak mintak balik modal dia dari Si A, tapi kol2 si A tak angkat2, sms pun tak balas. Pilihan yang si B ada cuma 3 je sama ada:-

Buar report polis atau aduan ke Biro Pengaduan mana2 parti politik, dan konfem diorang malas nak layan dan akan ketawakan si B sampai berlinang air mata, sebab ko cuma rugi RM20 je dari modal yang ko laburkan, buat apa diorang buat keringat dan masa diorang untuk g selidik dan tangkap si A, padahal si B sendiri yang bank in duit ke akaun si A, sapa suruh ko g bank in dkt dia? Polis pun konfem akan tutup kes punya….

Untuk menebus balik duit RM20 dia yang dah kena rembat dengan si A, maka si B pun nak tak nak terpaksa cari mangsa yang lain at least sorang supaya dia dapat balik cover modal dia yang dah hilang tu. Maka jadilah, skim ni satu skim penipuan berantai….si polan akan tipu si polan dan seterusnya….



Langkah terbaik yang si B boleh buat ialah, hantar sms maki si A kaw2 tak hengat donia punya, pastu jangan sesekali ikut jejak langkah si A dengan mencari mangsa yang lain dan yang terakhir sekali, sebarkan kegiatan penipuan kerja part time data entry secara online ni supaya tak ada lagi orang lain yang akan tertipu.

Jangan sesekali kata tak apalah, aku rugi sikit je RM20, kira halal je lah. Cuba bayangkan kalo si A berjaya kencing 10 orang dalam masa 1 hari, konfem dia dah dapat RM200 sehari, kalo seminggu, sebulan, setahun? Korang kira lah sendiri. Jangan bagi si A dan konco2nya untuk hidup dengan aktiviti mereka ni. Sebarkanlah maklumat ni.