Tuesday, June 21, 2016

Wahabi dan Aswaja


Assalamualaikum wbt,

Rasa terpanggil untuk menulis tentang perkara yang melibatkan dua pihak ini. Bukannya bermaksud untuk memihak sesiapa kerana ianya terlalu kompleks kalau nak ulas. Tapi nak ulas sikit pasal akhlak kedua2 pihak.

Punca kepada perbalahan ni mudah aje, pasal berbeza pendapat dalam hal2 ibadat, feqah, akidah dan lain2 lagi. Berbeza pendapat tu normal, jangankan dalam hal ehwal agama, rutin seharian pun selalu terjadi mende ni. Yang jadi masalah bila kita tak boleh terima perbezaan tu. 

Kenapa tak boleh terima?Boleh jadi sebab rasa ego tu cukup tinggi, takut hilang pengaruh dan pengikut, ada permusuhan peribadi zaman belajar dulu atau sebab lain yang hanya Allah sahaja yang tahu.

Bila satu pihak mengulas tentang satu isu, satu pihak lagi mesti akan mengulas untuk membangkang isu tersebut. Contoh senang macam screenshot dekat bawah ni. Bila Dr. Rozaimi ulas tentang pertanyaan dari seseorang berkenaan status hadith, tak lama lepas tu mesti geng2 Aswaja akan ulas jugak untuk membangkang hujah Dr. Rozaimi. 

Kalau hujah bantahan itu bersifat ilmiah takpe lah jugak, tapi mesti akan terselit serangan peribadi. Tak cukup dengan itu, ada pulak pages anti-wahabi yang muncul di FB tanpa diketahui siapakah admin pages tersebut. Lagi rancaklah serangan2 peribadi dilakukan tambah lagi komen2 menganjing oleh kedua2 pengikut. Contoh gambar dekat bawah ni, sampai macam ni sekali fitnah yang dilemparkan kepada Dr.Rozaimi.




Bukan setakat Dr.Rozaimi sahaja, ramai lagi tokoh yang tak sealiran yang kena. Di sebelah Aswaja pun tak kurang jugak kena serangan peribadi ni contoh Ustaz Zamihan, pantang up status panas memang kaw2 lah kena kutuk, contoh komen2 di Facebook Ustaz Zamihan.




Pada aku pengikut kedua2 pihak tak perlulah lebih sudu dari kuah, kalau ustaz dengan ustaz gaduh dalam FB, janganlah jadi batu api, janganlah jadi pembantu syaitan tapi damaikanlah kedua2 mereka. Komenlah dengan bahasa yang lemah lembut, jika satu pihak mengeji tak perlulah kita pun turut sama ikut jejak langkah pihak itu dengan sama2 mengeji, sampai bila nak abis?

Perlu diingat, ustaz2 kita bukanlah maksum, mereka juga tidak lari daripada melakukan dosa seperti kita. Janganlah taksub membabi buta sampaikan sanggup bersungguh2 mempertahankan ustaz2 kita walaupun terang dan nyata mereka bersalah. Sekiranya ragu2 dengan apa yang mereka katakan, selidiklah dengan ustaz2 yang lain. 

Jangan kerana mereka ini berserban, berjubah dan mengaku keturunan nabi, kita terima sahaja bulat2 apa yang mereka kata walaupun bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis. 

Sekiranya pihak lawan melakukan kesilapan, janganlah dijaja aib mereka keliling dunia seolah2 kita ini tidak pernah berbuat salah. Bersyukurlah kerana Allah telah menutup aib kita daripada terdedah kepada umum. Tutuplah keaiban orang lain sepertimana Allah menutup keaiban diri kita.





Tak perlulah buat status provokasi yang buat pihak lawan panas bontot padahal kawan tu tak ada pergi cucuk bontot kita. Boleh mati ke kalau satu hari tak mengata dekat orang? Dua keping gambar kartun dekat atas ni pada aku cukup keterlaluan bagi seorang ustaz untuk melakukan provokasi murahan macam ni.

Kalau tak suka dengan hujah pihak lawan, tak perlulah kita setiap masa menunggu peluang bila pihak lawan buat salah, kaw2 kita kasi hentam tak ingat dunia. Lepas hentam sana sini apa yang kita dapat sebenarnya? Tak ada apa pun kecuali pekung kita sahaja yang terbuka di mata rakyat. 

Anehnya, bila ada dalam kalangan geng kita sendiri yang tak sependapat kita diam je tapi bila seteru kita fuhhh memang melompat lah kita bersorak berkompang di sana sini. Asal tak sama pendapat je Wahabi, tak ada hujah nak balas serang peribadi, last2 sekali Wahabi jugak yang salah.

Berlaku adillah dalam menilai hujah dan sikap seseorang, jangan kerana kita membenci seseorang habis semua perkara yang dia buat semua kita benci waima dia ajak buat kebaikan sekalipun kita tetap sanggah. Inilah taksub namanya, bila ustaz dan pak syeikh kita buat salah dan terang2 menyalahi tuntutan agama, kita bekap dia habis-habisan walaupun kita sedar perbuatan mereka memang terang-terangan salah.

Jika anda cintakan Allah dan Rasulnya, jika ada cintakan sunnah Rausulnya, amalkanlah apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya, tinggalkan larangannya, jangan sesekali menyekutukan-Nya, utamakanlah amalan yang mempunyai nas dan hadis yang soheh berbanding amalan warisan nenek moyang kita. 

Iman kita adalah harta yang sangat bernilai, ia bukan milik ustaz dan pak syeikh kita. Segala isi langit dan bumi tiada nilainya berbanding dengan iman dan takwa kita kepada Yang Maha Esa.

Friday, June 17, 2016

Pengalaman Lasik Dengan Prof Muhaya



Assalamualaikum wbt, 

Ni citer lama, saja je aku nak kongsi pasal buat lasik ni sebab ramai orang dah buat sekarang ni. Aku buat lasik ni tahun 2013 dekat Prince Court dengan Prof Muhaya tu. 

So, ni ringkasan pasal lasik tu:-

1) Kos :-

Masa aku buat tu Prince Court ada buat 2 jenis lasik, satu untuk rabun jauh (RM6,999.00) dan satu lagi untuk rabun dekat dan jauh (RM7,999.00). 

Yang pakej rabun jauh tu sesuai kalau umur kita ni bawah 40 tahun dan yang pakej rabun dekat tu sesuai untuk yang berumur 40 tahun ke atas. 

Kalau dah agak2 umur tu dah dekat dengan 40 tu baik korang amik pakej yang rabun dekat tu. Jangan jadi macam aku, eksyen. Mentang2 masa tu umur baru 33, sekarang dah 36 baru tahu erti penyesalan. Lagipun beza dia RM1,000.00 je, seyes tak rugi kalo korang amik pakej rabun dekat tu. 

Sebab apa? Sebab bila kita dah menghampiri umur 40, slow2 kita akan mula kena rabun dekat, yang ni semua orang akan kena, dah hukum alam sebab kornea mata kita akan mula menjadi kurang kenyal, macam tu lah yang doktor tu bagitau aku. 

Kalau salah info sori ok, tu salah aku bukan salah doktor tu. Aku bukan doktor hokeyy....

Jumlah kos ni complete set sekali dengan cek mata bagai, jumpa optometris, consultant dan lain2. Andaikata lepas cek mata korang tak seswai untuk lasik just bayar RM800 lebih je, masa tu lah. Sekarang aku tak tau dah berapa.

2) Pemeriksaan:- 

Kalau tak silap aku kena buat dalam 4-5 jenis pemeriksaan, tujuannya nak cek mata kita ni seswai ke tak nak buat lasik. Nak tengok saraf mata ok ke x, ada kencing manis ke, darah tinggi ke and nak cek power mata lah. 

Semua ni pakai cek mata je, aku tak ingat ada ke tak x cek darah, rasa2nya x ada. Sebelum cek dia akan titis ubat mata nak bagi urat mata kembang. Time ni memang x boleh nak membaca apa2 lah walaupun ko letak betul2 depan mata, nak tengok henset pun tak boleh pasal mata dah jadi kembang hahaha. 

Lepas tu ada pulak titis ubat mata lain untuk bagi urat mata yang kembang tadi tu untuk jadi normal balik. Tapi idok le jadi serta merta, kena tunggu jugak lah sampai mata dah normal balik.

Andaikata kita pass semua check-up tu, last sekali kita akan jumpa optometris. Time ni korang tanyalah apa yang korang tak faham pasal lasik ni, tanya sampai puas hati terutama side effect lasik ni nanti macam mana. 

Eh? ada side effect ke? Jeng jeng jeng.... Sang optometris ni sangatlah baik, very2 soft spoken, dia akan terangkan dengan lebih lanjut pasal mata kita sambil guna model mata tu. 

Paling penting untuk buat lasik ni selain dari bebas penyakit especially kencing manis, ketebalan kornea sangatlah penting. Tak boleh lebih rendah dari had yang dibenarkan, kalau tak silap tak boleh kurang dari 240 keratokonus. (sorry aku tak reti nak eja menatang tu).

Tahap ketebalan berbeza antara manusia, ada yang power rendah tapi kornea nipis, ada yang power tinggi tapi tebal. Aku pun just nice je untuk lepas had yang dibenarkan huhuhu. 

Dah siap semua dan korang pun setuju untuk buat lasik, maka korang akan dibawa untuk jumpa doktor kesayangan korang iaitu Prof Muhaya.

3) Jumpa Prof Muhaya:-

Ok, dah abis cek bagai tu, korang akan dibawa jumpa Prof Muhaya untuk final review and approval. So, kalo ada apa2 yang pelik dia akan bagitau lah nanti. Lepas tu dia akan tanya bila nak buat prosedur lasik? 

Haaa, ni lah part yang paling nervous, nak buat esok pun boleh tapi pada aku better buat 1@2 minggu lagi sebab time tu mata ko tengah kembang lagi. Bagi masa sikit dia kembali normal tapi kalo nak cepat tak ada masalah untuk buat set appointment terus esok.

Jumpa Prof ni tak lama, dalam 5 - 10 minit je. Digalakkan untuk korang berfikiran positif masa nak tanya soklan dekat Prof, sebab Prof tak suka orang yang berfikiran negatif. Contohnya korang tanya "ada side effeck tak lasik ni?", "kawan saya lepas buat lasik terus jadi gile selfie" dan lain2 lagi.

Btw, Prof ni cengel orangnya tau, tak macam yang korang tengok dekat tv tu, dari mata turun ke hati.... hahaha.

Prof orang ganu aku pun orang ganu jugak, so kitorang sembang guna loghat ganu lah. Rasa macam sembang2 dengan makcik2 dekat kampung pulak, cuma yang dekat depan aku ni pakar mata okey, bukan calang2 makcik.

4) Prosedur Pembedahan Lasik:-

Lasik ni kena bedah ke? Seyes ramai ingat tak bedah, just tala mata dekat mesin laser terus siap. Dashyat betoi imaginasi hang pak maun oiiii!!!!. 

Lasik ni memang satu prosedur pembedahan, tapi jangan takut. Sebab masa bedah tu kita akan dibiuskan dengan ubat bius titik dalam mata. Kelopak mata akan dikepit dengan penyepit khas supaya mata korang tak berkelip. 


Sepanjang prosedur lasik yang lebih kurang 5 minit je ni korang tak boleh kelip mata langsung. Azab betol time tuh nak tahan mata and walaupun 5 minit aku rasa macam 5 jam je nk tunggu siap prosedur tu. 

Macam biasa pakai baju bedah, pakai skarf bedah tu, baring atas katil panjang yang boleh pusing 360°. Sebelum masuk bilik bedah ada misi comey yang akan bagitau dulu apa nanti masa prosedur mata kena tengok cahaya merah hijau dkt mesin laser, jangan gerak2 anak mata lah itu lah, masuk dalam semua dah ke laut hahaha. (aku kena marah dengan Prof sebab anak mata kiri aku bergerak sikit time ni, huhuhu)

Operation bermula dengan kornea mata dipotong untuk buat flap, lepas tu katil akan dipusing 360° ke bahagian kaki untuk dibetulkan kornea mata yang terbuka tadi tu dengan laser. Bila dah siap repair dengan laser, kornea akan ditutup semula dengan flap yang di buat tadi. 

Time laser ni mata akan rasa sedikit panas dan bau hangit, mungkin laser tu kot entah. Lepas tu darah2 di mata akan dibersihkan, korang ingat tak ada darah ke? Tu yang kornea mata kena potong tu, time tu keluar darah lah tapi tak sakit sebab dah bius. Ni potong pun pakai laser tau bukan pisau bedah tu.  (aku kena marah lagi sebab mata kiri aku tak boleh nak bukak masa ni walaupun dah kena klip, sebab pedih yang teramat sangat masa tu, huhuhu)

Masa operation ni mesin dikendalikan sepenuhnya oleh Prof Muhaya, ada 2 assistant yang tugasnya untuk baca bacaan laser dekat mesin dan tolong Prof Muhaya apa yang patut.

Lepas je siap operation, bangun katil korang akan rasa pelik yang amat2 sangat sebab semua mende di sekeliling nampak jelas kabur jelas kabur macam tu. Mata rasa sikit pedih macam berpasir gitu. 

Lepas tu, nurse suruh aku rehat dulu di bilik lain sebab mata aku pedih sangat masa tu, nak buka mata pun tak berapa boleh, silau tak payah kata lah walaupun dah pakai spek hitam tu. Nurse datang bawakkan ubat titis mata untuk kurangkan pedih mata dan lain2 ubat yang misi akan bagi dan terus boleh balik rumah. Time ni kena pakai spek hitam macam S Jibeng tu sebab mata korang tersangat2 lah peka dengan cahaya matahari. 

Aku lepas operation mata rasa pedih giler tak tahu kenapa sampaikan aku tidur atas kerusi rehat dekat Prince Court tu. Bangun tidur masih rasa pedih terus misi bawak jumpa Prof Muhaya yang baru je abis duty hari tu. 

Dia tolong titikkan sejenis ubat dalam mata aku terus hilang pedih2 tu. Balik rumah aku terus tido, pagi esok bangun tido berlaku perkara yang dah 22 tahun aku tunggu, buka je mata pemandangan dah jadi jelas, rasa macam Kassim Selamat pulak, tapi tangan aku still teraba2 cari spek padahal dah tak rabun.

Malam tu aku duduk luar rumah menikmati pemandangan malam yang sangat indah dalam hidup aku. Tengok lampu jalan je tapi aku berdiri tak bergerak2 hampir 5 minit, terkaku di situ melihat ciptaan Yang Maha Esa, cukup indah. Aku tak boleh lupa moment tu, syukur Alhamdulillah ya Allah. Terasa cukup nikmat dan Maha Berkuasanya Allah.

5) Pantang larang:-

Lepas operation mandi tak boleh buka mata takut air paip masuk mata, ye lah air paip kan ada klorin. Amik wudhuk pun main lap2 je muka. Dekat 2 minggu jugak le pantang larang ni kena jaga.

Titis ubat yang diberi ikut arahan, jangan malas dan memandai2, nanti nyusahkan diri je nak kena pergi Prince Court lagi.

Kelebihan lasik :-

1) mengurangkan kebergantungan kepada spek mata, bukannya tak payah pakai spek terus. Ada orang perfect vision 20/20, ada orang tak. Macam aku still ada lagi rabun silau dalam 50 macam tu.

2) Boleh berlagak dengan kawan2 sebab dah tak rabun. Kesan lasik ni kekal ok.

3) Nampak encem dan ayu gitu...

4) Dah boleh berenang, main bola, apply jadi askar, polis, komando, pilot dan lain2.

Kelemahan :-

1) Mahal

2) Kesan yang berbeza setiap orang, ada yang dapat perfect ada yang tak, tapi bersyukurlah sebab dah tak payah pakai spek lagi.

3) Mata cepat kering, selalu kena titis ubat mata, kos jugak tu sebulan sekali kena beli ubat ni.

4) Aku ada sikit rasa tak selesa macam mata tak cukup oksigen (macam pakai contact lense lama2), aku pun tak tahu kenape boleh jadi macam tu. 

5) Mata tak boleh buat keluar laser macam Cyclop dalam X-Men tu, yang ni memang dah sah2 tak boleh hahaha.

Kesimpulan :- Jaga mata kita, sayangi mata kita, jujurnya pada aku tak perlu buat lasik kalau untuk saja2, sebab mata original yang Allah bagi dekat kita ni dah terlalu bagus sangat dah, tak ada yang boleh ganti.

~~samg~~

Sunday, June 5, 2016

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum wbt,




Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua muslimin & muslimat dan pembaca blog sekalian.

p/s : ada ke orang yang singgah baca dekat blog aku ni? krik...krik...krik... 

~~samg~~

Sunday, May 29, 2016

Kempen Boikot Maxis



Rasa2nya ramai yang tahu pasal kempen boikot Maxis ni. Semuanya gara2 luahan ketidakpuasan hati seorang pengguna dekat forum lowyat.net.

Well, aku antara orang yang guna postpaid Maxis tapi bukan Maxis One Plan, aku guna Maxis Surf/Call More plan. Plan tu bagi aku free call & sms untuk dan data internet 1Gb sebulan dengan kadar bayaran RM85 sebulan.

Aku guna plan ni lebih dari setahun sampailah satu hari tu kawan dalam grup whatsaap aku bincang pasal data plan telco masing2. Masa tu aku realised yang plan Maxis aku ni betul2 mahal, kedekut dan jauh ketinggalan dengan telco2 yang lain. 

Mula2 tu aku sabar lagi dengan alasan line Maxis paling mantap compare dengan yang lain. Tapi lama kelamaan aku sedar yang line Maxis untuk internet memang lembab giler babi walaupun aku ni duduk dalam Putrajaya.

Tak tahan aku pun terus pergi Alamanda survey2 telco dekat sana & terus tukar ke Digi. Kebetulan pulak Digi tengah ada promotion untuk Plan RM78 tu (free call, free sms, internet 7GB + 3GB). Sebab aku tukar line dari Maxis ke Digi, dapat pulak rebate RM10 setiap bulan selama setahun tolak dari bil bulanan aku, maknanya aku just bayar RM68 je sebulan. 







Tapi part paling lawak, tak sampai sejam aku buat permohonan tukar ke Digi, tup2 Maxis Call Centre call aku merayu2 suruh pertimbangkan balik, siap bagi promosi itu ini lagi. Setahun lebih aku guna Maxis, ni lah 1st time aku dapat call dari Maxis Centre weh, tak tau aku selama ni aku ni wujud ke tak dalam database diorang.

Bila dah pakai Digi ni, terus terang cakap aku memang kagum dengan servis diorang especially apps yang diorang bagi iaitu Digi Apps, Iflix dan Digi Music Freedom tu. Download pun lagi laju compare dengan Wifi Streamyx aku yang dekat rumah tu.

Overall, aku memang puas hati dan tak menyesal tukar ke line Digi ni. Kalo korang nak tukar line, aku cukup suggestkan korang try Digi Postpaid RM78 Plan ni.

Mantops dan torbaek!!!!

~~samg~~



Posted via Blogaway

Blog baru lagi

Assalamualaikum wbt semua,
Ni ntah kali ke berapa aku buat blog, mungkin 3 @ 4 kot, bila ingat balik blog aku yang sebelum2 ni, semuanya tak jalan, bunyi cengkerik je yang ada dalam tu, hehehe..... krik krik krik.

Orang kata blog dah ketinggalan zaman dah sebab ramai orang lebih prefer buat fans page dekat pesbuk. Well ada betul jugak kata2 tu tapi aku lebih prefer blog lagi berbanding pesbuk.

Sebab kalau nak cari sesuatu info orang akan gugel dulu, bukannya pergi search dekat pesbuk. Pesbuk ni lebih sesuai untuk kumpul pengaruh dan pengikut compare dengan blog yang lebih kepada perkongsian maklumat dan pengalaman. 

(Jilaker banyak bunyik pulak, blog aku yang dulu2 semua tak jadi dan kena deleted, hehehe... krik krik krik)

So, macam tu lah, nanti aku update lagi. Nak sambung keje pulak ni.

~~samg~~

Monday, August 15, 2011

KOLAM AIR PANAS PANCHOR, SERIAN, SARAWAK

Sabtu 2hb April 2011, aku pergi ke Kolam Air Panas Panchor yang terletak di Kampung Panchor Dayak, Kota Padawan. Sarawak. Perjalanan dari Kuching ke Kolam Air Panas Panchor ni mengambil masa lebih kurang 45minit.

Dari Kuching, ambil jalan menuju ke Airport, seterusnya ke Batu 7, pastu Serian n pastu Siburan, barulah jumpa satu signboard kecik ke Panchor di sebelah kanan. Kolam Air Panas Panchor ni tak lah terkenal sangat di Kuching ni berbanding dengan Kolam Air Panas Anah Rais, tapi masih boleh dimajukan sebagai lokasi perlancongan dan sebagai salah satu tempat yang menarik di Kuching ni.

Mengikut cerita yang diperturunkan dari generasi ke generasi, Panchor Hot Spring ini mula ditemui sekitar tahun 1840, abad ke-19, sewaktu kawasan tersebut mula diterokai untuk tujuan berhuma padi oleh En. Janang, En. Mancha, En. Ringah, En. Rangkeng dan En Nyangah.

Mereka merupakan pengusaha pertama kawasan tersebut dan seterusnya pengasas kepada kewujudan Kampung Pachor Dayak yang ada pada hari ini. Mengikut kepercayaan penduduk setempat, adalah dipercayai Panchor Hot Spring ini merupakan salah satu lokasi tempat mandi manda oleh puteri raja kayangan pada waktu pagi dan senja dan dengan mengamalkan mandi di Panchor Hot Spring ini boleh menyembuhkan penyakit kulit dan sebagai awet muda.

Jalan untuk masuk ke Panchor Hot Spring ini agak sunyi dan berliku2, sesuai untuk buat drift tapi kena hati2 lah sebab jalan dia sempit, kalo terbabas konfem masuk dalam tali air. Lebih kurang 1km sebelum sampai ke Panchor Hot Spring ini, anda akan bertemu dengan jalan yang agak teruk, bukan jalan tanah merah tapi jalan berbatu kerikil yang agak besar dan berlubang2, so drive carefull y lah ye.   

 

Untuk masuk ke Panchor Hot Spring ini setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM3 seorang dan dibuka setiap hari sampai pukul 6 petang. Ada hari yang dibuka sampai pukul 9 malam, tapi tak berapa pasti hari apa, sori ye…hehehe.

Dari segi kemudahan tandas dan tempat salin baju amatlah mengecewakan, sebab terlalu kotor dan hancing. Keadaan kolam pula terutamanya papan lantai kolam amatlah licin sebab penuh dengan lumut. Khabarnya, kawasan Panchor Hot Spring ini dimajukan oleh orang perseorangan, sebab tu maintenance kawasan ini agak kureng sikit.



Anyway, air dia memang panas, sesuai dengan nama dia, tak macam Kolam Air Panas Bentong dekat Pahang, air dia suam2 kuku je. Saya tak berapa pasti dari mana punca air panas di Panchor Hot Spring ni, dan nak kata macam kolam pun nampak macam bukan kolam, lebih kepada parit air yang telah digali dan dibesarkan untuk tujuan mandi manda.

Ulasan selanjutnya, tengok je lah gambar2 di bawah ni, kualiti gambar kurang bagus sebab ambil pakai handphone N70 je.

 

Kesimpulannya, Panchor Hot Spring ni ada potensi untuk dimajukan sebagai salah satu daripada produk perlancongan di negeri Sarawak ni dan Kerajaan Negeri seharusnya memberi bantuan kewangan dan lain-lain galakan kepada pengusaha Panchor Hot Spring ini.

Keseluruhannya, tempat ni bagus untuk :-

mandi air panas, sebab air dia memang panas

aktiviti santai bersama ahli keluarga di hujung minggu

Perkara2 yang perlu diperbaiki :-

kemudahan dan kebersihan tandas

kebersihan bilik menyalin pakaian yang busuk dan hancing

perlu ada bilik mandi tertutup, untuk pengunjung membilas dan mencuci badan

papan lantai kolam yang berlumut dan licin berbahaya kepada pengunjung terutama kanak-kanak

keadaan kolam tu sendiri, sepatutnya bersimen dan airnya dibiarkan mengalir, bukan bertakung macam parit air je

papan tanda untuk masuk ke kawasan kolam dan kemudahan jalanraya haruslah dipertingkatkan lagi


JALAN – JALAN KE BUKIT FRASER

 

Pada 17hb April 2010, aku telah bawak isteri dan anak aku ke Bukit Fraser yang terletak di daerah Raub, Pahang. Satu percutian yang telah dirancang oleh aku dari awal bulan April lagi. Jam 10 pagi, kitorang bertolak dari Putrajaya dan sampai di GAP (nama tempat untuk naik ke Bukit Fraser) pukul 12.00 tengahari.

Masa tengah tunggu giliran nak naik ke Bukit Fraser tu, nampak lah sekumpulan ejen parti UMNO dan PAS tengah duduk bersembang2 (ada seorang orang kuat PAS yang aku x nak mention nama dia dkt sini), agaknya tengah duduk bincang pasal hal KERAjaan Perpaduan, sbb time tu tengah hot dengan isu tu. Aku agak aje lah…

Tepat pukul 1.00 tengahari, laluan naik dari GAP – Bukit Fraser dibuka n berduyun2 lah aku dgn para pelancong2 yang lain naik ke atas. Laluan GAP – Bukit Fraser ni cuma jalan sehala je, untuk mengelakkan ada kenderaan bertembung, so diorang set kan waktu ganjil untuk naik, waktu genap untuk turun. Tapi malam start pukul 8 laluan tak dikawal, so kalo berani naik lah n risiko tanggung sendiri. 



Jadual untuk turun dan naik ke Bukit Fraser dari Gap





Kalo korang nak tau macam mana keadaan jalan dari GAP – Bukit Fraser ni lebih kurang macam dalam citer kartun Initial D tu, sangat sesuai untuk buat aktivti drift uphill n downhill tapi risiko tanggung sendirilah, sebab kalo jatuh konfem masuk gaung. Aku agak terkilan sbb keta aku auto, tak boleh nak test skill layan selekoh yang berliku2 ni, nyesal tak g dengan keta manual hehehe

Aku menginap satu malam dekat Puncak Inn, rate RM100 termasuk breakfast. Hotel ni terletak betul2 dpn jam besar dkt Bukit Fraser ni. Bilik agak kecil, tapi kemasan dalam bilik pada aku boleh tahan, TV n shower pun ada n yang best tu bilik aku menghadap jam besar tu, so boleh lah aku tengok2 aktiviti orang ramai dari tingkap bilik aku je.

  Hotel Puncak Inn tempat aku menginap

Ramai kawan2 aku yang tanya apa yang menarik sangat dkt Bukit Fraser tu sampaikan aku sanggup bermalam dkt sana? Susah jugak aku nak jawab soalan ni, sbb kalo korang cari hiburan memanglah x ada dkt Bukit Fraser ni, tapi kalo nak release tension n berangan nak duduk dkt England bolehlah datang ke Bukit Fraser ni.

Kebanyakkan bangunan dkt sini design dia ala-ala England, ditambah pulak dengan cuaca yang nyaman dan dingin(sebab tu Bukit Fraser ni digelar Little England) memang sesuai sangat untuk lepaskan tekanan kerja dan dari hiruk pikuk di bandar. Kalo time malam, memang cukup sunyi sepi, terasa aman je dan ditambah pulak dengan cuaca sejuk kawasan bukit…hmmmm, cukup nyaman!

  Jam besar, mercu tanda Bukit Fraser

  Jam besar, berlatar belakangkan Hotel Puncak Inn

  Bangunan Pejabat Pos, ada stail ala-ala England

Banglo Jerai, berdekatan dengan Istana Sultan

Sebelah petang aku bawak anak dan isteri aku berjalan2 di sekitar Bukit Fraser, tengok2 design rumah yang ala-ala England ni sambil menghirup kesegaran udara di tanah tinggi. Time makan malam, aku borak2 dgn tokei kedai makan ni yang dah meniaga atas Bukit Fraser ni dah lebih 8 tahun.

Dia bagitau lah dulu Bukit Fraser ni ada Taman Rama-Rama dan strawberry, tapi sekarang dah tak ada lagi dah. Sbb kerajaan nak amik alih lah projek2 yang usahawan2 ni buat tapi tup2 projek tu x jadi2 sampailah sekarang.

Permandangan dari atas bukit…berdekatan kawasan Istana Sultan

   Jelas kelihatan Banjaran Titiwangsa

Dkt atas Bukit Fraser ni ada air terjun tapi aku x lah pergi mandi dkt air terjun tu sbb anak aku baby lagi, takut gak kalo nak bawak baby g kawasan hutan ni.

Pada sesiapa yang suka dengan aktiviti jungle trekking, Bukit Fraser ni memang sesuai untuk korang sbb ada 8 denai hutan dkt sini yang korang boleh guna untuk aktiviti jungle trekking, tapi kena berhati2 sikit sbb aku dgr cerita ada bunian dkt kawasan ni n pernah ada orang luar sesat dan kena sorok dengan bunian masa diorang tengah jungle trekking. (Hilang di Bukit Fraser) 8 denai tersebut ialah :-

The Bishop Trail (1,500m)

The Rompin Trail (500m)

The Kindersley Trail (750m),

The Maxwell Trail (1,800m),

The Hemmant Trail (1,000m),

The Abu Suradi Trail (500m),

The Mager Trail (1,000m) dan

The PineTreeTrail (5,000m).

Untuk pencinta alam terutamanya peminat2 burung, Bukit Fraser ni antara tempat yang selalu menganjurkan aktiviti Bird Watching. Memang ada banyak spesis burung2 yang mmg aku pun tak tahu namanya dkt Bukit Fraser ni. Padang memanah n padang kuda pun ada dekat sini kalo korang berminat nak test skil korang, manalah tahu 1day nanti boleh masuk Olimpik hehehe…



 

Pada aku agak susah untuk aku bagitau apa yang menarik dkt atas Bukit Fraser ni, kalo korang nak tau datang lah sendiri. Yang pasti aku akan datang lagi…anak aku pun suka,  1st time dia senyum bila aku ambil gambar dia…