Showing posts with label Jom Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jom Jalan-Jalan. Show all posts

Monday, August 15, 2011

KOLAM AIR PANAS PANCHOR, SERIAN, SARAWAK

Sabtu 2hb April 2011, aku pergi ke Kolam Air Panas Panchor yang terletak di Kampung Panchor Dayak, Kota Padawan. Sarawak. Perjalanan dari Kuching ke Kolam Air Panas Panchor ni mengambil masa lebih kurang 45minit.

Dari Kuching, ambil jalan menuju ke Airport, seterusnya ke Batu 7, pastu Serian n pastu Siburan, barulah jumpa satu signboard kecik ke Panchor di sebelah kanan. Kolam Air Panas Panchor ni tak lah terkenal sangat di Kuching ni berbanding dengan Kolam Air Panas Anah Rais, tapi masih boleh dimajukan sebagai lokasi perlancongan dan sebagai salah satu tempat yang menarik di Kuching ni.

Mengikut cerita yang diperturunkan dari generasi ke generasi, Panchor Hot Spring ini mula ditemui sekitar tahun 1840, abad ke-19, sewaktu kawasan tersebut mula diterokai untuk tujuan berhuma padi oleh En. Janang, En. Mancha, En. Ringah, En. Rangkeng dan En Nyangah.

Mereka merupakan pengusaha pertama kawasan tersebut dan seterusnya pengasas kepada kewujudan Kampung Pachor Dayak yang ada pada hari ini. Mengikut kepercayaan penduduk setempat, adalah dipercayai Panchor Hot Spring ini merupakan salah satu lokasi tempat mandi manda oleh puteri raja kayangan pada waktu pagi dan senja dan dengan mengamalkan mandi di Panchor Hot Spring ini boleh menyembuhkan penyakit kulit dan sebagai awet muda.

Jalan untuk masuk ke Panchor Hot Spring ini agak sunyi dan berliku2, sesuai untuk buat drift tapi kena hati2 lah sebab jalan dia sempit, kalo terbabas konfem masuk dalam tali air. Lebih kurang 1km sebelum sampai ke Panchor Hot Spring ini, anda akan bertemu dengan jalan yang agak teruk, bukan jalan tanah merah tapi jalan berbatu kerikil yang agak besar dan berlubang2, so drive carefull y lah ye.   

 

Untuk masuk ke Panchor Hot Spring ini setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM3 seorang dan dibuka setiap hari sampai pukul 6 petang. Ada hari yang dibuka sampai pukul 9 malam, tapi tak berapa pasti hari apa, sori ye…hehehe.

Dari segi kemudahan tandas dan tempat salin baju amatlah mengecewakan, sebab terlalu kotor dan hancing. Keadaan kolam pula terutamanya papan lantai kolam amatlah licin sebab penuh dengan lumut. Khabarnya, kawasan Panchor Hot Spring ini dimajukan oleh orang perseorangan, sebab tu maintenance kawasan ini agak kureng sikit.



Anyway, air dia memang panas, sesuai dengan nama dia, tak macam Kolam Air Panas Bentong dekat Pahang, air dia suam2 kuku je. Saya tak berapa pasti dari mana punca air panas di Panchor Hot Spring ni, dan nak kata macam kolam pun nampak macam bukan kolam, lebih kepada parit air yang telah digali dan dibesarkan untuk tujuan mandi manda.

Ulasan selanjutnya, tengok je lah gambar2 di bawah ni, kualiti gambar kurang bagus sebab ambil pakai handphone N70 je.

 

Kesimpulannya, Panchor Hot Spring ni ada potensi untuk dimajukan sebagai salah satu daripada produk perlancongan di negeri Sarawak ni dan Kerajaan Negeri seharusnya memberi bantuan kewangan dan lain-lain galakan kepada pengusaha Panchor Hot Spring ini.

Keseluruhannya, tempat ni bagus untuk :-

mandi air panas, sebab air dia memang panas

aktiviti santai bersama ahli keluarga di hujung minggu

Perkara2 yang perlu diperbaiki :-

kemudahan dan kebersihan tandas

kebersihan bilik menyalin pakaian yang busuk dan hancing

perlu ada bilik mandi tertutup, untuk pengunjung membilas dan mencuci badan

papan lantai kolam yang berlumut dan licin berbahaya kepada pengunjung terutama kanak-kanak

keadaan kolam tu sendiri, sepatutnya bersimen dan airnya dibiarkan mengalir, bukan bertakung macam parit air je

papan tanda untuk masuk ke kawasan kolam dan kemudahan jalanraya haruslah dipertingkatkan lagi


JALAN – JALAN KE BUKIT FRASER

 

Pada 17hb April 2010, aku telah bawak isteri dan anak aku ke Bukit Fraser yang terletak di daerah Raub, Pahang. Satu percutian yang telah dirancang oleh aku dari awal bulan April lagi. Jam 10 pagi, kitorang bertolak dari Putrajaya dan sampai di GAP (nama tempat untuk naik ke Bukit Fraser) pukul 12.00 tengahari.

Masa tengah tunggu giliran nak naik ke Bukit Fraser tu, nampak lah sekumpulan ejen parti UMNO dan PAS tengah duduk bersembang2 (ada seorang orang kuat PAS yang aku x nak mention nama dia dkt sini), agaknya tengah duduk bincang pasal hal KERAjaan Perpaduan, sbb time tu tengah hot dengan isu tu. Aku agak aje lah…

Tepat pukul 1.00 tengahari, laluan naik dari GAP – Bukit Fraser dibuka n berduyun2 lah aku dgn para pelancong2 yang lain naik ke atas. Laluan GAP – Bukit Fraser ni cuma jalan sehala je, untuk mengelakkan ada kenderaan bertembung, so diorang set kan waktu ganjil untuk naik, waktu genap untuk turun. Tapi malam start pukul 8 laluan tak dikawal, so kalo berani naik lah n risiko tanggung sendiri. 



Jadual untuk turun dan naik ke Bukit Fraser dari Gap





Kalo korang nak tau macam mana keadaan jalan dari GAP – Bukit Fraser ni lebih kurang macam dalam citer kartun Initial D tu, sangat sesuai untuk buat aktivti drift uphill n downhill tapi risiko tanggung sendirilah, sebab kalo jatuh konfem masuk gaung. Aku agak terkilan sbb keta aku auto, tak boleh nak test skill layan selekoh yang berliku2 ni, nyesal tak g dengan keta manual hehehe

Aku menginap satu malam dekat Puncak Inn, rate RM100 termasuk breakfast. Hotel ni terletak betul2 dpn jam besar dkt Bukit Fraser ni. Bilik agak kecil, tapi kemasan dalam bilik pada aku boleh tahan, TV n shower pun ada n yang best tu bilik aku menghadap jam besar tu, so boleh lah aku tengok2 aktiviti orang ramai dari tingkap bilik aku je.

  Hotel Puncak Inn tempat aku menginap

Ramai kawan2 aku yang tanya apa yang menarik sangat dkt Bukit Fraser tu sampaikan aku sanggup bermalam dkt sana? Susah jugak aku nak jawab soalan ni, sbb kalo korang cari hiburan memanglah x ada dkt Bukit Fraser ni, tapi kalo nak release tension n berangan nak duduk dkt England bolehlah datang ke Bukit Fraser ni.

Kebanyakkan bangunan dkt sini design dia ala-ala England, ditambah pulak dengan cuaca yang nyaman dan dingin(sebab tu Bukit Fraser ni digelar Little England) memang sesuai sangat untuk lepaskan tekanan kerja dan dari hiruk pikuk di bandar. Kalo time malam, memang cukup sunyi sepi, terasa aman je dan ditambah pulak dengan cuaca sejuk kawasan bukit…hmmmm, cukup nyaman!

  Jam besar, mercu tanda Bukit Fraser

  Jam besar, berlatar belakangkan Hotel Puncak Inn

  Bangunan Pejabat Pos, ada stail ala-ala England

Banglo Jerai, berdekatan dengan Istana Sultan

Sebelah petang aku bawak anak dan isteri aku berjalan2 di sekitar Bukit Fraser, tengok2 design rumah yang ala-ala England ni sambil menghirup kesegaran udara di tanah tinggi. Time makan malam, aku borak2 dgn tokei kedai makan ni yang dah meniaga atas Bukit Fraser ni dah lebih 8 tahun.

Dia bagitau lah dulu Bukit Fraser ni ada Taman Rama-Rama dan strawberry, tapi sekarang dah tak ada lagi dah. Sbb kerajaan nak amik alih lah projek2 yang usahawan2 ni buat tapi tup2 projek tu x jadi2 sampailah sekarang.

Permandangan dari atas bukit…berdekatan kawasan Istana Sultan

   Jelas kelihatan Banjaran Titiwangsa

Dkt atas Bukit Fraser ni ada air terjun tapi aku x lah pergi mandi dkt air terjun tu sbb anak aku baby lagi, takut gak kalo nak bawak baby g kawasan hutan ni.

Pada sesiapa yang suka dengan aktiviti jungle trekking, Bukit Fraser ni memang sesuai untuk korang sbb ada 8 denai hutan dkt sini yang korang boleh guna untuk aktiviti jungle trekking, tapi kena berhati2 sikit sbb aku dgr cerita ada bunian dkt kawasan ni n pernah ada orang luar sesat dan kena sorok dengan bunian masa diorang tengah jungle trekking. (Hilang di Bukit Fraser) 8 denai tersebut ialah :-

The Bishop Trail (1,500m)

The Rompin Trail (500m)

The Kindersley Trail (750m),

The Maxwell Trail (1,800m),

The Hemmant Trail (1,000m),

The Abu Suradi Trail (500m),

The Mager Trail (1,000m) dan

The PineTreeTrail (5,000m).

Untuk pencinta alam terutamanya peminat2 burung, Bukit Fraser ni antara tempat yang selalu menganjurkan aktiviti Bird Watching. Memang ada banyak spesis burung2 yang mmg aku pun tak tahu namanya dkt Bukit Fraser ni. Padang memanah n padang kuda pun ada dekat sini kalo korang berminat nak test skil korang, manalah tahu 1day nanti boleh masuk Olimpik hehehe…



 

Pada aku agak susah untuk aku bagitau apa yang menarik dkt atas Bukit Fraser ni, kalo korang nak tau datang lah sendiri. Yang pasti aku akan datang lagi…anak aku pun suka,  1st time dia senyum bila aku ambil gambar dia…