Showing posts with label Beli Rumah di Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Beli Rumah di Putrajaya. Show all posts

Sunday, July 3, 2016

Tawaran Rumah CSRU

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ni aku dapat berita yang sangat menggembirakan. Setelah hampir 6 tahun  memohon dan menunggu, akhirnya permohonan aku untuk membeli rumah di Putrajaya melalui CSRU telah diluluskan.

Sebenarnya, ni tawaran kali kedua, tawaran pertama untuk unit Kondominium di Tamara, Persint 8 kitorang terpaksa tolak. Sebab seboleh2nya aku tak nak duduk rumah atas langit ni. Pada aku yang dah berkeluarga ni, rumah atas langit ni memang aku tak gemar sangat. 

Hidup tak bergaul dengan orang dan masing2 buat hal sendiri je, nak berebut parking, nak angkut barang2 masuk lif bila membeli belah, anak2 yang tak ada life dan lain2 lagi lah. Unit Kondominium Tamara di Persint 8 yang ditawarkan tu pulak di tingkat 15 berharga RM375,000.00 (selepas diskaun 25%).

Aku tolak tawaran tu dan buat rayuan untuk unit rumah teres pulak lepas tu. Kena masuk queue balik huhuhu. Dekat 2 tahun jugak menunggu dari tarikh rayuan tu barulah kitorang dapat panggilan dari unit CSRU untuk buat cabutan undi bagi unit rumah teres di Tranberry, Persint 12. 

So, kitorang daftar untuk cabutan undi dan masa cabutan undi tu kitorang dapat unit rumah teres 2 tingkat lot intermediate. Harga lepas diskaun 25% RM6XX,000.00, dengan keluasan 20' x 70', 4 bilik tidur dan 3 bilik air. 

Alhamdulillah, syukur sangat2 kepada Allah, Tuhan sekalian alam atas rezeki dan kurniaan-Nya ni. Tercapai jugak impian aku untuk beli rumah di Putrajaya ni selepas lama menunggu. 

Sedikit info pasal program CSRU ni. CSRU ni satu skim yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk kakitangan awam membeli rumah di Putrajaya. Rumah di bawah program CSRU ni akan diberikan diskaun sebanyak 25% daripada harga asal yang ditawarkan oleh pemaju. 

Dan rumah yang dibeli di bawah program CSRU ni dikenakan sekatan pindah milik @ dilarang dijual kepada pihak ketiga untuk tempoh 10 tahun (dulu 25 tahun). Semua kos berkaitan pembelian rumah CSRU ni seperti duti stem, kos guaman dan lain2 tu tak ditanggung oleh pemaju, pembeli yang kena tanggung semua tu. 

Kira ok lah tu sebab consider diskaun 25% yang kitorang dapat tu dah cukup dah cukup banyak sebenarnya. (Tapi rumah ni lepas diskaun 25% pun masih lagi mahal, sebab rumah2 dalam Putrajaya ni memang mahal giler weh, huhuhu).

Sekarang ni kitorang dalam proses nak apply loan dengan bank. Kiraan kasarnya insya-Allah boleh lepas. Nanti aku update pulak pasal kos2 sampingan dalam proses pembelian rumah ni.


~~samg~~