Tuesday, June 21, 2016

Wahabi dan Aswaja


Assalamualaikum wbt,

Rasa terpanggil untuk menulis tentang perkara yang melibatkan dua pihak ini. Bukannya bermaksud untuk memihak sesiapa kerana ianya terlalu kompleks kalau nak ulas. Tapi nak ulas sikit pasal akhlak kedua2 pihak.

Punca kepada perbalahan ni mudah aje, pasal berbeza pendapat dalam hal2 ibadat, feqah, akidah dan lain2 lagi. Berbeza pendapat tu normal, jangankan dalam hal ehwal agama, rutin seharian pun selalu terjadi mende ni. Yang jadi masalah bila kita tak boleh terima perbezaan tu. 

Kenapa tak boleh terima?Boleh jadi sebab rasa ego tu cukup tinggi, takut hilang pengaruh dan pengikut, ada permusuhan peribadi zaman belajar dulu atau sebab lain yang hanya Allah sahaja yang tahu.

Bila satu pihak mengulas tentang satu isu, satu pihak lagi mesti akan mengulas untuk membangkang isu tersebut. Contoh senang macam screenshot dekat bawah ni. Bila Dr. Rozaimi ulas tentang pertanyaan dari seseorang berkenaan status hadith, tak lama lepas tu mesti geng2 Aswaja akan ulas jugak untuk membangkang hujah Dr. Rozaimi. 

Kalau hujah bantahan itu bersifat ilmiah takpe lah jugak, tapi mesti akan terselit serangan peribadi. Tak cukup dengan itu, ada pulak pages anti-wahabi yang muncul di FB tanpa diketahui siapakah admin pages tersebut. Lagi rancaklah serangan2 peribadi dilakukan tambah lagi komen2 menganjing oleh kedua2 pengikut. Contoh gambar dekat bawah ni, sampai macam ni sekali fitnah yang dilemparkan kepada Dr.Rozaimi.




Bukan setakat Dr.Rozaimi sahaja, ramai lagi tokoh yang tak sealiran yang kena. Di sebelah Aswaja pun tak kurang jugak kena serangan peribadi ni contoh Ustaz Zamihan, pantang up status panas memang kaw2 lah kena kutuk, contoh komen2 di Facebook Ustaz Zamihan.




Pada aku pengikut kedua2 pihak tak perlulah lebih sudu dari kuah, kalau ustaz dengan ustaz gaduh dalam FB, janganlah jadi batu api, janganlah jadi pembantu syaitan tapi damaikanlah kedua2 mereka. Komenlah dengan bahasa yang lemah lembut, jika satu pihak mengeji tak perlulah kita pun turut sama ikut jejak langkah pihak itu dengan sama2 mengeji, sampai bila nak abis?

Perlu diingat, ustaz2 kita bukanlah maksum, mereka juga tidak lari daripada melakukan dosa seperti kita. Janganlah taksub membabi buta sampaikan sanggup bersungguh2 mempertahankan ustaz2 kita walaupun terang dan nyata mereka bersalah. Sekiranya ragu2 dengan apa yang mereka katakan, selidiklah dengan ustaz2 yang lain. 

Jangan kerana mereka ini berserban, berjubah dan mengaku keturunan nabi, kita terima sahaja bulat2 apa yang mereka kata walaupun bertentangan dengan Al-Quran dan Hadis. 

Sekiranya pihak lawan melakukan kesilapan, janganlah dijaja aib mereka keliling dunia seolah2 kita ini tidak pernah berbuat salah. Bersyukurlah kerana Allah telah menutup aib kita daripada terdedah kepada umum. Tutuplah keaiban orang lain sepertimana Allah menutup keaiban diri kita.





Tak perlulah buat status provokasi yang buat pihak lawan panas bontot padahal kawan tu tak ada pergi cucuk bontot kita. Boleh mati ke kalau satu hari tak mengata dekat orang? Dua keping gambar kartun dekat atas ni pada aku cukup keterlaluan bagi seorang ustaz untuk melakukan provokasi murahan macam ni.

Kalau tak suka dengan hujah pihak lawan, tak perlulah kita setiap masa menunggu peluang bila pihak lawan buat salah, kaw2 kita kasi hentam tak ingat dunia. Lepas hentam sana sini apa yang kita dapat sebenarnya? Tak ada apa pun kecuali pekung kita sahaja yang terbuka di mata rakyat. 

Anehnya, bila ada dalam kalangan geng kita sendiri yang tak sependapat kita diam je tapi bila seteru kita fuhhh memang melompat lah kita bersorak berkompang di sana sini. Asal tak sama pendapat je Wahabi, tak ada hujah nak balas serang peribadi, last2 sekali Wahabi jugak yang salah.

Berlaku adillah dalam menilai hujah dan sikap seseorang, jangan kerana kita membenci seseorang habis semua perkara yang dia buat semua kita benci waima dia ajak buat kebaikan sekalipun kita tetap sanggah. Inilah taksub namanya, bila ustaz dan pak syeikh kita buat salah dan terang2 menyalahi tuntutan agama, kita bekap dia habis-habisan walaupun kita sedar perbuatan mereka memang terang-terangan salah.

Jika anda cintakan Allah dan Rasulnya, jika ada cintakan sunnah Rausulnya, amalkanlah apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya, tinggalkan larangannya, jangan sesekali menyekutukan-Nya, utamakanlah amalan yang mempunyai nas dan hadis yang soheh berbanding amalan warisan nenek moyang kita. 

Iman kita adalah harta yang sangat bernilai, ia bukan milik ustaz dan pak syeikh kita. Segala isi langit dan bumi tiada nilainya berbanding dengan iman dan takwa kita kepada Yang Maha Esa.

1 comment:

  1. Aneh... sepatutnya orang yg berilmu lebih tahu adab berbeza pendapat...
    Dalam perkara2 furu' memang ada khilaf dan khilaf tak sama dg bid'ah.. kalau nak debat dg niat nak tunjuk aku saja betul kamu memang salah baik tak yah debat kerana di sana tak ada niat dan kesediaan nak cari kebenaran..
    Ulama' dan imam2 dulu tak gaduh pun walau pun berbeza ijtihad...

    Ini khilaf dlm perkara furu' sampai rosak ukhwah... sepatutnya para ustaz menyeru kearah penyatuan ummah bukan perpecahan semata2 kerana perbezaan dlm perkara2 furu'...

    ReplyDelete