Assalamualaikum wbt,
Sepanjang Floria dibuat di Putrajaya ni, aku tak pernah lagi missed semenjak edisi yang pertama (tahun 2010 kalau tak silap, masa tu nama pun Floria je) sehinggalah ke edisi 2016.
Aku hanya missed sekali saje sebab tahun tu aku kena denggi, tahun tu 1st nama Floria ditukar kepada Floria Diraja dan tahun tu jugaklah pengunjung kena bayar tiket masuk sebanyak RM2 kalau tak silap.
Floria Diraja Putrajaya 2016 kali ni temanya adalah bunga kekwa atau orang putih kata chrysantimum flower. Berbeza dengan tema Floria Diraja Putrajaya 2015 yang lepas sebab masa tu temanya adalah bunga orkid.
Floria kali ini ada beberapa penambahbaikan telah dilakukan, antaranya:-
1) Kemudahan Surau - Penganjur telah membina surau di tapak Floria. Surau ini adalah binaan kekal tidak seperti sebelum ini yang mana hanya khemah sahaja. Surau ini bersih dan selesa untuk kegunaan pengunjung beragama Islam. So, tak ada alasan korang tak boleh nak solat.
2) Tandas - Selain tandas kekal dekat bawah terowong dan tandas bergerak yang disediakan, kali ini penganjur turut menyediakan binaan tandas kekal berdekatan dengan surau. Jadi senang, kalau nak terkucil ke melepas ke dah ada banyak tandas dah, tapi still kena beratur lah sebab jumlah pengunjung memang ramai.
Tapi, ada beberapa perkara yang sangat2 perlu diberi penambahbaikan, sebab floria ni bertaraf antarabangsa, Diraja lagi dan dibuat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, imej mestilah dijaga.
Antara penambahbaikan yang sangat2 perlu bagi aku lah:-
1) Kaunter tiket - Yang ni memang seyes kena improve, walaupun dah bertahun2 Floria Putrajaya ni dianjurkan, kaunter tiket memang mengecewakan. Tahun ni saja hanya 1 kaunter tiket sahaja yang dibuka pada mulanya dan selepas teruk dihentam di FB, barulah 2 kaunter tambahan lagi dibuka.
Aku sangat kesian tengok pengunjung yang datang kena beratur panjang giler, dengan warga emas dan kanak2nya, tambahan pula dengan cuaca yang sangat panas. Ada tiket online? Nak buka pun tak boleh, dah le caj mahal giler RM1.50 untuk sekeping tiket, belum kira lagi harga tiket dewasa RM7.50 sekeping.
2) Harga Makanan & Minuman - Memang keterlaluan dan sangat mahal. Harga air milo tin di vending machine RM2.50, gerai dalam Floria jual RM3.50 dan dikiosk Milo jual RM4.00 tu pun penuh dengan ais, 4-5 kali sedut dah habis. Harga makanan tak payah cerita lah kalau untung jual air pun dah boleh pergi haji balik hati.
3) Promosi - Edisi tahun ni memang kurang promosi dalam laman sosial FB dan IG. Hashtag rasmi tak diuar-uarkan, admin dekat official pages pun nampak macam malas nak update status. Tak tau pasai apa.
4) Parking - Putrajaya ni memang banyak kawasan lapang untuk parking awam, tapi sebab ramai sangat pengunjung yang datang, nak parking memang susah. Rata2 yang jarang datang Putrajaya ni ramai yang parking tepi jalan utama dan menghalang lalulintas, sebab tu lah jalan nak masuk Floria ni dari jauh lagi dah jem.
5) Cuaca panas - Malaysia sekarang ni memamg tengah panas gile, average dalam 34°- 35° celcius. Aku rasa tak salah kalau penganjur letakkan kipas angin berwap air tu dekat dalam Floria tu, kesian dekat pengunjung especially kanak2 dan warga emas.
Ok, habis dah bebel bab ni. Banyak yang menarik dalam Floria kali ni yang bertemakan Magic Of The Night. Semua peserta menggunakan kreativiti masing2 untuk memenuhi tema ni, ada yang letak pari2, watak2 dongeng mat salleh, ahli sihir dan macam2 lagi, ala2 fantasi gitu kelas kau nyah hehehe.
Taman paling menarik pada aku adalah DBKL sebab ada salji (buih je) dan Johor yang ada replika mahkota dan kuda transformers. Kalau korang nak lagi cantik datang waktu malam memang rasa macam berada di alam fantasi, cuaca pun tak lah sepanas waktu siang.
Next time kalau korang nak datang pastikan :-
1) beli tiket online (kalau nak jimat beli dekat kaunter yang tak ada orang), rajin2kan survey FB rasmi Floria untuk dapatkan info
2) bawak sendiri bekal makan minum sebab harga makanan dan minuman memang mahal
3) banyakkan minum air masak kalau datang siang sebab cuaca sangat panas
4) jangan lupa bawak payung
5) datang awal pagi sebab time tu tak ramai orang
6) datang petang sikit sambung sampai malam, sebab malam lagi cantik dan cuaca pun tak panas
7) hormati pengunjung lain yang nak bergambar, dah siap ambil gambar tu cepat2 le blah orang lain pun nak bergambar jugak
Ni antara gambar2 bunga kekwa yang aku sempat snap time Floria hari tu. Korang layan je lah gambar2 yang aku ambil sepanjang Floria 2016 ni.
Jumpa lagi.